Tindakan FAM meminda jadual perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 semalam mendapat kritikan hebat para penyokong The Red Warriors yang sudah bersiap siaga ke Shah Alam dengan tempahan tiket bas, keretapi dan kapal terbang pada 13 Mei iaitu sehari lebih lewat daripada tarikh baru yang diubah ini pada 12 Mei.
Peminat The Red Warriors turut berasa hairan apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) mengumumkan tempat perlawanan tidak berubah sedangkan mengikut jadual baru perlawanan separuh akhir Piala FA 2011 pusingan pertama Kota Bharu dipilih sebagai tuan rumah untuk aksi perlawanan ini, berbeza dengan jadual asal FAM yang jelas terpampang Shah Alam diletakkan bahagian atas carta jadual dan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama ini.
Perubahan jadual secara drastik ini menggambarkan sikap FAM masih ditakuk lama dan AJK JKPT boleh meminda sesuka hati jadual perlawanan kerana bagi mereka bolasepak Malaysia adalah hak milik mereka dan boleh diubah mengikut kehendak yang berkuasa. Sedar atau tidak sedar Piala FA antara piala berprestij di Malaysia, apa tanggapan peminat bolasepak dalam negara dan luar negara dengan perubahan jadual pada perlawanan yang sudah memasuki separuh akhir ini.
FROM.www.theredwarriors.com
No comments:
Post a Comment