I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Monday, 4 April 2011

Jadual Perlawanan


T-Team FC mln The Red Warriors
5 April 2011
Selasa
8.45 Malam
Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu.

Piala Presiden

Johor FC mln President Warriors
7 April 2011
Khamis
4.45 Petang
Stadium J'corp, Pasir Gudang.

Kelantan Minat Jadi Tuan Rumah

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permoho- nan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.
“Hasrat tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC. Sekiranya ia berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang ‘hidup dan penuh’ bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara.
“Saya sudah sampaikan perkara ini secara tidak rasmi kepada AFC dan sekarang masanya untuk permohonan itu dibuat secara rasmi. Kita mahu tengok bola sepak dimainkan dalam suasana yang hidup dengan stadium penuh sesak,” kata Annuar semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan dan Permainan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mene- ngah Rendah Zon Timur 2011 (SUPER) di MRSM Pasir Tumboh semalam.
Annuar melahirkan keyakinan sekiranya perlawanan tersebut diadakan di Kota Bharu, penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee.
Annuar memberitahu, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing.
“Bila kita buat macam ini, maka akan meningkatkan kesedaran untuk menaik taraf stadium masing-masing untuk memenuhi piawaian- piawaian tertentu.
“Dengan itu, ia menggalak- kan pembangunan. Kita boleh galakkan perbadanan stadium supaya meningkatkan kualiti padang, bilik persali- nan, malah fasiliti media sekalipun,” tegasnya.
Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.
Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia.

credit to http://kelate.net

Liga Super : Kelantan Koyak Mentaliti?


Jika sebelum ini, kunjungan Kelantan ke ‘wilayah’ musuh tradisi mereka, Kuala Terengganu sekadar meneruskan permusuhan di atas padang dengan Terengganu, kini ‘adik’ mereka, T-Team turut mahu dilabel sebagai musuh tradisi baru bagi pasukan The Red Warriors.   

Salah seorang pemain T-Team yang merupakan bekas pemain Kelantan sebelum ini, berkata Kelantan belum mempunyai ramuan diperlukan untuk digelar pencabar kejuaraan, sebaliknya kedudukan mereka di tangga teratas liga ketika ini, banyak dibantu aksi ‘lambat pick-up’ pasukan lain di awal musim. 

Tambahnya, adalah silap jika pemerhati sukan tempatan pantas melabel Kelantan selaku gergasi bolasepak tanah air, pada ketika skuad TRW belum mempunyai ciri-ciri sedemikian, malah dilihat tidak kuat dari segi mental.

“Kami (skuad T-Team) sentiasa mengambil tahu kekuatan dan kelemahan lawan kami, bukan sahaja Kelantan, tengok baru ni Kelantan dengan Harimau, skor 2 butir (biji) gol terus main macam dah leading 5-0, tu nasib baik Harimau tak sumat (sumbat) gol penyamaan, nampak sangat mental koyak..’’, katanya ketika dihubungi Suara Sukan.  

Menurut pemain ini, yang juga anggota skuad juara Piala Malaysia musim lalu, beliau cukup mengetahui di mana kelemahan sebenar pasukan bimbingan Dato’ M.Karathu, terutamanya penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan yakin T-Team boleh mencatat kemenangan ke atas lawan mereka itu seterusnya memadam keegoan Sang Kijang.

Apapun, beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang permusuhan peribadi dengan mana-mana pemain Sang Kijang mahupun pengurusan pasukan TRW, sebaliknya sekadar menunjukkan kesetiaan kepada pasukan yang diwakili ketika ini.

“Dulu bersama Kelantan, saya setia beri 100% komitmen, bila saya pindah saya dimaki, dicaci, tapi saya faham itulah bolasepak, Torres (Fernando) pun kena maki kat Liverpool, inikan saya..bagi saya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung..”, katanya.

Pertemuan antara Kelantan dan T-Team adalah yang kedua musim ini, selepas pemain ini bersama dua rakan lain memilih untuk berhijrah ke T-Team, yang menjadi isu panas sebelum musim baru bermula awal Januari lalu. 

Setakat ini belum ada pemenang sebenar membabitkan kedua-dua pasukan, kerana pertemuan pada Pusingan Pertama Piala FA lalu berkesudahan seri 1-1,  sebelum Kelantan mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti.

Selepas permulaan suram musim ini, T-Team berjaya memperbaiki prestasi dan menduduki tangga ke-10 ketika ini, dengan kutipan 8 mata, manakala Kelantan di tangga teratas berkongsi kedudukan pendahulu dengan Selangor, mengutip 17 mata.
 

Khairul Fahmi Lebih Serasi Bersama Rizal, Farisham

Musim lalu, barisan pertahanan Kelantan mencipta rekod selaku pertahanan paling ampuh dengan hanya melepaskan 14 gol dalam 26 perlawanan Liga Super, jauh lebih baik berbanding musim sebelumnya (2009), yang mana menyaksikan pertahanan The Red Warriors melepaskan sejumlah 36 gol.

Ia juga rekod pertahanan terbaik sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004, meskipun Negeri Sembilan juga hanya melepaskan 14 gol ketika mereka menjuarai Liga Super pada musim 2005/2006, namun harus diingat ketika itu hanya 8 pasukan yang bertanding.

Nama penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat pastinya disebut sebagai tonggak utama, apatah lagi gandingan mantapnya bersama barisan pertahanan yang pada ketika itu diterajui Azizi Mat Rose (kini T-Team) berjaya membentuk pertahanan ampuh yang cukup disegani.

Segalanya bermula sekadar satu kebetulan buat Khairul Fahmi, apabila satu kesilapan Syed Adney Syed Hussin ketika menentang Kedah, memaksa B.Satianathan mencari penjaga gol yang lebih konsisten aksinya.

Khairul Fahmi membalas kepercayaan itu, dan kini diangkat sebagai wira pasukan malah nama wajib dalam kesebelasan utama, setiap kali Kelantan beraksi. 

Ketika dihubungi Suara Sukan beberapa hari lalu, nyata Khairul Fahmi mudah dibawa berbicara dan berkongsi pandangan. Bagi Khairul, beliau senang bekerjasama dengan mana-mana pemain, asalkan pemain itu berdisiplin, dan mampu berkomunikasi baik dengannya. 

Tahun lalu, selain Azizi, pemain yang sentiasa bergandingan di benteng pertahanan adalah Rizal Fahmi Rosid, S.Subramaniam, Farisham Ismail, manakala Zairul Fitri Ishak dan Dausu Jamaludin di kiri-kanan pertahanan. 

Rizal Fahmi, pertahanan mantap
Ditanya sama ada beliau merasai ketiadaan Azizi, Khairul Fahmi berkata ia bukan satu masalah besar buatnya, kerana adalah menjadi tanggungjawab seorang pemain untuk mencipta gandingan terbaik bersama mana-mana pemain yang diturunkan jurulatih, malah tidak menafikan lebih serasi bersama Rizal dan Farisham yang menjadi pilihan utama Dato’ M.Karathu ketika ini.

Khairul juga menafikan aksi kurang menjadi sejak kebelakangan ini, apabila bolos 5 gol dalam 4 perlawanan terakhir bukan disebabkan kegagalan berkomunikasi baik dengan pertahanan, sebaliknya dengan merendah diri, ini jawapan diberikannya. 

“Biasalah bang, kesilapan biasa berlaku, penjaga gol Brazil pun susah nak kekal rekod tanpa bolos, yang penting saya cuba yang terbaik, kalau tugas saya jaga gol, kena ingat tugas striker adalah skor gol, ia adalah perkara biasa..”, jelasnya.

Selepas mengharungi 8 perlawanan liga musim ini, Kelantan hanya berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan iaitu ketika menentang Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, dan jika mahu merealisasikan hasrat menjulang Liga Super buat pertama kali, sekali lagi benteng terakhir TRW perlu mempamerkan aksi terbaik mereka, sepertimana tahun lalu.

Kelantan akan turun menentang T-Team pada Selasa, di mana tiga bekas pemain Kelantan beraksi bersama pasukan itu, iaitu Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Mohd, termasuk Azizi.

Gambar2 SUKA SUKI semasa di tempat PEKHELAHAN ULU YAM



http://www.facebook.com/profile.php?id=100000052124171#!/album.php?fbid=211704438856411&id=100000505684511&aid=67402

AHAD HOLIDAY at ULU YAM

perghhhh seharian d ulu yam penat lenguh lapar semua ade..x sempat nk online letih sangat2.. pg ahad turun umh kul 8pg -6ptg baru sampai umah..meriah kat sana..selain BBq leh tgk MOTOCROSS kt sana..meriah tol berkumpul gan family ramai2...