Di Hasilkan Pada 31/3/2011 Oleh Mark Liey Bertujuan Untuk Share Story2 Tentang DUNIA MASA KINI n Tentang Life Mark Liey Sendiri.. klu ade masa free add me okey... Add my FACEBOOK..md_zul@yahoo.com Add my TWITTER...md_zul@yahoo.com, Add my iMeSH.....md_zul2yahoo.com, Add my Ym........md_zul@yahoo.com, Add my SKYPE.....markliey86, Add my TAGGED....mark.liey@yahoo.com,
Wednesday, 27 April 2011
RED GIANT TERSUNGKUR DI KOTA BARU
1 gol dr Matyo sudah memadai buat kelantan untuk memungut 3 mata penuh di kota baru semalam...
Monday, 25 April 2011
Saturday, 23 April 2011
Red Warriors Baham Singa Utara
PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) mengasak pertahanan Perlis Mohd Sani Mohd Isa pada perlawanan pusingan kedua Liga Super, malam tadi.
KELANTAN memulakan aksi pusingan kedua, Liga Super dengan nota bergaya apabila gah membelasah Perlis 4-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.
The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti.
Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.
Norshahrul Tambah Koleksi Jaringannya Lagi
Hebat!! Itulah pujian yang boleh dilemparkan kepada penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha setelah beliau sekali lagi muncul sebagai peledak dalam perlawanan malam tadi. Norshahrul bermula dengan garang pada minit ke6 dan beliau hampir-hampir menghasilkan gol pertama Kelantan namun percubaan pertamanya hanya mampu singgah ke palang gol Perlis.
kredit picture to: Wawan Faiz
Norshahrul meraikan jaringan bersama Daudsu dan Ramzul
setelah beliau berjaya membolosi gawang Perlis malam tadi
Berkat usaha Norshahrul dan rakan sepasukan, beliau akhirnya memecah kebuntuan hasil hantaran cantik pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang bijak dimanfaatkan Norshahrul untuk Kelantan mendahului 1-0. Ternyata semangat sepasukan memberi kelebihan buat pasukan Kelantan dan kepada Norshahrul sendiri.
Kini beliau mula mengumpul 11 gol daripada 14 perlawanan Liga Super setakat ini.
kredit picture to:Wawan Faiz
Norshahrul begitu lincah sehingga kerap mengelirukan
barisan pertahanan Perlis pada perlawanan malam tadi.
Tumpuan Norshahrul Seterusnya pasti terarah pada pertemuan dengan Selangor di Kota Bharu pada 26 April ini. Andai dijadikan ukuran, Kelantan sedikit mempunyai kelebihan memandangkan mereka bakal bermain di gelanggang sendiri.
Kebangkitan prestasi Norshahrul selepas kemarau jaringan sebelum ini pastinya bakal menjadi taruhan terbaik The Red Warriors dalam memastikan Kelantan memegang gelaran Juara Liga Super 2011..InsyaAllah....Aminn..
Thursday, 21 April 2011
Real Madrid julang Piala Sepanyol

Real Madrid menewaskan Barcelona 1-0 selepas waktu tambahan untuk menjulang Piala Sepanyol, seminggu sebelum pertemuan kedua-dua pasukan di separuh akhir Liga Juara-juara Eropah.
Gol tandukan Cristiano Ronaldo pada masa tambahan memastikan Jose Mourinho menjulang trofi pertamanya bersama Real Madrid, yang memenangi piala tersebut buat kali ke-18 dan trofi pertama kelab itu sejak 2008.
Real beraksi baik pada separuh masa pertama sebelum Barcelona mengawal keadaan di babak kedua namun kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dalam tempoh permainan biasa.
Barcelona menurunkan Javier Mascherano untuk bergandingan dengan Gerard Pique di barisan pertahanan setelah kapten Carles Puyol masih lagi cedera manakala Real tidak menurunkan walau seorang penyerang sekali pun dengan menggandingkan Mesut Ozil dengan Ronaldo dan Angel Di Maria di barisan serangan.
Penjaga gol Real, Iker Casillas beberapa kali menyelamatkan keadaan buat pasukan ibu kota itu dan berjaya mengekang kehebatan Lionel Messi, Pedro dan David Villa untuk memastikan gawangnya tidak dibocori.
Di Maria pula melihat sepakannya ditepis keluar oleh penjaga gol, Pinto sejurus sebelum tamat babak kedua, namun hantaran lintangnya dalam masa tambahan berjaya disambut dengan baik oleh Ronaldo untuk memastikan gol tunggal perlawanan serta kejayaan buat Real Madrid.
Kemenangan buat peminat
PENYERANG Kelantan, Md Badhri Radzi atau Piya yang berjaya menghasilkan hatrik daripada lima gol ketika bertemu Perlis malam kelmarin menyifatkan kemenangan 5-1 yang diperoleh sebagai bukti Kelantan masih lagi berbisa.
“Semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan tidak tertekan membuatkan kami mempamer aksi cemerlang bagi membuktikan kepada peminat, Kelantan masih lagi berbisa.
“Kemenangan itu juga hadiah untuk peminat yang tidak jemu memberi sokongan,” katanya.
Kelantan tewas 4-0 kepada Perak sebelum seri 0-0 dengan Sabah pada dua perlawanan terakhir sebelum pertemuan menentang Perlis. Md Badhri berkata, Kelantan perlu terus mencipta kemenangan selain menghasilkan seberapa banyak gol untuk mengekalkan semangat pemain.
“Jaringan memang menjadi kunci utama untuk memastikan pemain terus bersemangat dan berusaha memenangi perlawanan seterusnya.
“Setiap pemain juga akan terus memberikan aksi terbaik demi memastikan Kelantan terus menyerlah,” katanya.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, taktik menggabungkan tonggak, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari serta Md Badhri pada perlawanan itu menyumbang kepada kemenangan mereka.
“Tiga tonggak itu memainkan peranan penting. Pada masa sama, kerjasama pemain lain turut membantu Kelantan menang,” katanya. Menurut Karathu, gol awal Norshahrul pada minit keenam dan 43 menaikkan semangat rakan sepasukan untuk terus mengasak kubu lawan.
“Kami memang memerlukan gol awal bagi menguasai perlawanan. Kami akan cuba meneruskan momentum ini untuk perlawanan seterusnya,” katanya yang berharap pemain memberikan aksi terbaik ketika bertemu Perlis di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat ini.
credit to www.hmetro.com.my
“Semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan tidak tertekan membuatkan kami mempamer aksi cemerlang bagi membuktikan kepada peminat, Kelantan masih lagi berbisa.
“Kemenangan itu juga hadiah untuk peminat yang tidak jemu memberi sokongan,” katanya.
Kelantan tewas 4-0 kepada Perak sebelum seri 0-0 dengan Sabah pada dua perlawanan terakhir sebelum pertemuan menentang Perlis. Md Badhri berkata, Kelantan perlu terus mencipta kemenangan selain menghasilkan seberapa banyak gol untuk mengekalkan semangat pemain.
“Jaringan memang menjadi kunci utama untuk memastikan pemain terus bersemangat dan berusaha memenangi perlawanan seterusnya.
“Setiap pemain juga akan terus memberikan aksi terbaik demi memastikan Kelantan terus menyerlah,” katanya.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, taktik menggabungkan tonggak, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari serta Md Badhri pada perlawanan itu menyumbang kepada kemenangan mereka.
“Tiga tonggak itu memainkan peranan penting. Pada masa sama, kerjasama pemain lain turut membantu Kelantan menang,” katanya. Menurut Karathu, gol awal Norshahrul pada minit keenam dan 43 menaikkan semangat rakan sepasukan untuk terus mengasak kubu lawan.
“Kami memang memerlukan gol awal bagi menguasai perlawanan. Kami akan cuba meneruskan momentum ini untuk perlawanan seterusnya,” katanya yang berharap pemain memberikan aksi terbaik ketika bertemu Perlis di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat ini.
credit to www.hmetro.com.my
Janji Fabregas
Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas tidak akan mengikut jejak langkah rakan senegara dari Sepanyol, Fernando Torres dengan menyertai pasukan Inggeris lain jika tiba masanya dia meninggalkan Emirates.
Musim panas lalu menyaksikan bekas kelab Fabregas, Barcelona gagal membawanya kembali ke Nou Camp dengan bayaran �35 juta (RM173 juta) dan sejak itu masa depannya terus menjadi bahan spekulasi.
Bagaimanapun, yang pasti, pemain berusia 23 tahun itu tidak akan terus tinggal di England jika meninggalkan Arsenal - tidak seperti Torres yang meninggalkan Liverpool untuk Chelsea dalam urusan perpindahan bernilai �50 juta (RM247 juta).
“Jika saya terpaksa meninggalkan Arsenal, sebabnya bukan kerana saya akan bermain untuk satu lagi kelab Inggeris. Itu saya sangat pasti,” kata Fabregas yang mengaku terkejut dengan tindakan Torres beralih kelab.
“Saya tidak dapat bayangkan Torres meninggalkan Liga Perdana dan pasti dia tidak akan meninggalkan kelab pada pertengahan musim.
“Justeru, saya anggap keputusan yang dibuatnya itu tepat.” Fabregas sebelum ini pernah menyuarakan keinginan mewakili Barca, kelab yang ditinggalkan ketika berusia 16 tahun untuk menyertai Arsenal tapi kali ini dia akan bersabar untuk menjulang piala bersama Gunners.
Arsenal gagal muncul juara sejak menjulang Piala FA pada 2005, manakala tempoh tiga tahun kebelakangan ini menyaksikan bakal majikan Fabregas, Barca memenangi lapan piala dan tampak pasti menambah satu lagi musim ini.
“Saya perlu sabar dan tunggu saat yang tepat. Hari saya meninggalkan Arsenal, saya akan buat keputusan dengan menggunakan kepala.
Musim panas lalu menyaksikan bekas kelab Fabregas, Barcelona gagal membawanya kembali ke Nou Camp dengan bayaran �35 juta (RM173 juta) dan sejak itu masa depannya terus menjadi bahan spekulasi.
Bagaimanapun, yang pasti, pemain berusia 23 tahun itu tidak akan terus tinggal di England jika meninggalkan Arsenal - tidak seperti Torres yang meninggalkan Liverpool untuk Chelsea dalam urusan perpindahan bernilai �50 juta (RM247 juta).
“Jika saya terpaksa meninggalkan Arsenal, sebabnya bukan kerana saya akan bermain untuk satu lagi kelab Inggeris. Itu saya sangat pasti,” kata Fabregas yang mengaku terkejut dengan tindakan Torres beralih kelab.
“Saya tidak dapat bayangkan Torres meninggalkan Liga Perdana dan pasti dia tidak akan meninggalkan kelab pada pertengahan musim.
“Justeru, saya anggap keputusan yang dibuatnya itu tepat.” Fabregas sebelum ini pernah menyuarakan keinginan mewakili Barca, kelab yang ditinggalkan ketika berusia 16 tahun untuk menyertai Arsenal tapi kali ini dia akan bersabar untuk menjulang piala bersama Gunners.
Arsenal gagal muncul juara sejak menjulang Piala FA pada 2005, manakala tempoh tiga tahun kebelakangan ini menyaksikan bakal majikan Fabregas, Barca memenangi lapan piala dan tampak pasti menambah satu lagi musim ini.
“Saya perlu sabar dan tunggu saat yang tepat. Hari saya meninggalkan Arsenal, saya akan buat keputusan dengan menggunakan kepala.
“Selain itu, siapa yang boleh memastikan sama ada anda akan bermain untuk pasukan baru? Atau sama ada kelab yang anda wakili sekarang akan cemerlang. Di sini, saya berdepan peluang besar dan meskipun tidak banyak menang apa-apa, saya masih puas hati.
“Kapten Barcelona, Carles Puyol memberitahu, pada usia 26 tahun, dia belum memenangi apa-apa. Tapi, kini Puyol sudah memenangi segala-galanya dalam dunia bola sepak! Bersabar dan bekerja keras adalah perkara paling penting dalam hidup ini.”
credit to www.hmetro.com.my
Tottenham sasar Drogba
Tottenham mula mencongak untuk membeli pemain baru musim panas ini apabila pengurusnya, Harry Redknapp berkeras mahu mengekalkan pemain terbaik mereka dan mensasarkan membawa masuk dua atau tiga pemain berkualiti.
Redknapp dilaporkan memberitahu pengerusi kelab, Daniel Levy bahawa tidak mustahil Tottenham mencabar kejuaraan Liga Perdana musim depan jika membawa membeli penyerang, pemain tengah dan pertahanan yang bagus.
“Anda mesti kekalkan pemain terbaik yang anda ada, menambah lagi kualiti pasukan kerana saingan lebih mencabar setiap tahun,” kata Redknapp.
“Mengapa Tottenham tidak boleh menang liga? Ia bukannya mustahil. Jika kami mahu kekalkan kedudukan ketika ini, kami perlu memperkuatkan lagi pasukan.” Tottenham terdesak membeli penyerang baru pada Januari lalu tapi gagal dalam bidaan membeli dua penyerang, Sergio Aguero dan Giuseppe Rossi dengan nilai �30 juta (RM148 juta).
Turut difahamkan bahawa Spurs juga cuba mendapatkan Diego Forlan, Emmanuel Adebayor, Andy Caroll, Fernando Llorente, Alvaro Negredo dan Luis Fabiano.
Redknapp dikatakan mahu menambah tonggak berpengalaman dan sedang merisik kemungkinan untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Didier Drogba.
Beliau mahu memadankan penyerang baru dengan barisan sedia ada seperti Peter Crouch, Roman Pavlyuchenko dan Jermain Defoe yang hanya menjaringkan 13 gol sepanjang musim.
Biarpun menghidap wabak malaria, Drogba masih mampu menghasilkan 13 gol buat Chelsea dan muncul penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu dengan 29 gol.
Lima pemain Arsenal ugut pindah
Laporan akhbar harian sukan Perancis, L’Equipe semalam mendedahkan bahawa Samir Nasri antara lima pemain Perancis berprofil tinggi yang akan mempertimbangkan kedudukan sama ada akan terus bersama kelab gergasi Liga Perdana, Arsenal atau berpindah ke kelab lain.
Nasri yang dicalonkan bagi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA musim ini dilaporkan akan meninggalkan kelab itu jika posisi idamannya, perancang tengah akan diisi pemain lain selepas Cesc Fabregas berkemungkinan akan berhijrah musim panas ini.
Nasri mempamerkan prestasi hebat pada pusingan pertama musim ini dengan menjaringkan 12 gol dalam 23 perlawanan namun sekembalinya Fabregas yang pulih daripada kecederaan menyebabkan pemain Perancis itu terpaksa beraksi di bahagian sayap.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Fabregas sudah lama dikaitkan dengan perpindahan semula ke kelab lama, Barcelona dan dia turut mengeluarkan rasa tidak puas hati dengan mentaliti Arsenal untuk memburu kemenangan dalam satu temu ramah dengan majalah Sepanyol, Don Balon minggu ini.
L’Equipe mendakwa Inter Milan kini turut mengintai peluang mendapatkan Nasri.
Bagaimanapun, akhbar itu hanya menyatakan maklumat itu diperoleh daripada sumber dalaman kelab yang menyebut bahawa beberapa pemain Arsenal “kecewa dan percaya mereka memiliki peluang lebih baik jika beraksi dengan kelab lain.” L’Equipe berkata, Abou Diaby yang terpaksa mengharungi satu lagi musim sukar akibat kecederaan kecewa apabila kelab itu gagal memenangi trofi dan Chelsea, Manchester City, Inter serta Juventus berkemungkinan menjadi destinasinya selepas ini.
Pemain pertahanan, Bacary Sagna dan Gael Clichy serta Sebastien Squillaci juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk berpindah dari kelab London itu yang tidak memenangi sebarang kejuaraan utama sejak merangkul trofi Piala FA 2005.
Penasihat Sagna, Christophe Mongai dipetik sebagai berkata: “Dia (Sagna) gembira di Arsenal. Tapi anda tidak tahu apa yang akan terjadi.” Daripada enam tonggak utama Arsenal dari Perancis, L’Equipe mendakwa hanya pemain pertahanan tengah, Laurent Koscielny yang menyertai kelab itu dari Lorient musim panas lalu akan kekal.
Tikam mati jiran sebar aksi seks
Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.
Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.
La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.
La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.
Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.
Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.
La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.
La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.
Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.
Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.
credit to www.hmetro.com.my
Wanita pelajar kolej swasta( ISU VIDEO SEKS)
Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.
Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.
“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.
“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.
Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.
Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.
Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.
CREDIT TO www.hmetro.com.my
Wednesday, 20 April 2011
Kijang Kembali Berselera Besar
Ulasan Ringkas: Bagaikan diberi tonik ajaib oleh gabungan dua jurulatih Kelantan Datuk M Karathu dan
sentuhan B Sathianathan apabila sang kijang yang dilihat tidak bermaya sebelum ini, malam tadi garang menundukkan sang singa walhal sang singa begitu garang meratah sang rusa sabtu lalu. Kemenangan ini membuatkan seluruh penyokong Kelantan kembali ceria menanti kehadiran perlawanan pusingan kedua Liga Super menentang Perlis dan Selangor di Kota Bharu nanti.
Kedua-dua perlawanan akan datang ini menjadi pengukur sebenar kemampuan Kelantan menghadapi Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA meskipun K Devan akan mengatur strategi berbeza bagi kedua-dua perlawanan ini. Peluang untuk Kelantan mengutip mata penuh menentang Perlis di Kota Bharu jumaat ini tidak harus disia-siakan kerana Selangor mungkin akan dikekang sengit oleh Kedah dan Terengganu akan disekat oleh Perak yang masing-masing berhasrat akan memintas mana-mana pasukan teratas.
Perlawanan malam tadi juga memberi sinar baru kepada Mohd Badhri atau lebih dikenali dengan nama Piya kembali menjadi sebutan ramai apabila berjaya menjadi penjaring hatrik pertama Kelantan dan Liga Super pada musim ini sekaligus dinobatkan hero Kelantan bagi perlawanan ini. Kehadiran lebih 500 penyokong Kelantan tidak dihampakan oleh para pemain.
Pada separuh masa pertama Norshahrul Idlan Talaha yang kembali dari penggantungan membuka tirai gol Kelantan seawal minit ke 7, namun
kegembiraan penyokong Kelantan tersentap seketika apabila pada minit ke 12 Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan. Namun pada minit-minit akhir perlawanan iaitu pada minit ke 44, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi membuktikan dirinya antara penjaring terbanyak Liga Super setakat ini telah berjaya meledak gol kedua Kelantan. Keputusan Perlis 1-2 Kelantan kekal sebaik sahaja wisel separuh masa pertama ditiupkan.
Pada separuh masa kedua, Piya yang direhatkan tiga perlawanan bagai kijang kelaparan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke 48. Pada minit ke 68, Piya sekali lagi muncul sebagai penjaring gol keempat Kelantan. Bagi melengkapkan hatriknya pada malam tadi, Piya menambah jaringan gol peribadinya pada minit ke 80. Ketika ini, semua penyokong Kelantan sudah mula berkobar-kobar dengan semangat baru meraikan kemenangan ini setelah Piya dan pasukannya sebelum ini dikritik hebat kerana prestasi menurun. Keputusan Perlis 1-5 Kelantan kekal sehingga tamat perlawanan.
Kini pelbagai pujian dihamburkan kepada Piya yang mula menambah jumlah jaringan gol peribadinya kepada lima gol. Terima kasih kepada semua pemain dan pengurusan yang bertungkus lumus memastikan kemenangan pada malam tadi. Tidak dilupakan jasa-jasa penyokong setia Kelantan yang sentiasa bersama para pemain walaupun Kelantan kalah, seri atau menang. Tiada insiden buruk dilaporkan pada perlawanan ini. Tahniah The Red Warriors, semoga perlawanan ini terus menjadi pembuka selera Kelantan dan tidak membuatkan kita lupa diri serta kembali berlagak....Gomo kelate Gomo...........Terus bersama The Red Warriors...
Terima kasih kepada Hisyam Mokhtar yang berkongsi gambar-gambar dengan penyokong yang lain.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
credit to www.theredwarriors.com
Kedua-dua perlawanan akan datang ini menjadi pengukur sebenar kemampuan Kelantan menghadapi Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA meskipun K Devan akan mengatur strategi berbeza bagi kedua-dua perlawanan ini. Peluang untuk Kelantan mengutip mata penuh menentang Perlis di Kota Bharu jumaat ini tidak harus disia-siakan kerana Selangor mungkin akan dikekang sengit oleh Kedah dan Terengganu akan disekat oleh Perak yang masing-masing berhasrat akan memintas mana-mana pasukan teratas.
Perlawanan malam tadi juga memberi sinar baru kepada Mohd Badhri atau lebih dikenali dengan nama Piya kembali menjadi sebutan ramai apabila berjaya menjadi penjaring hatrik pertama Kelantan dan Liga Super pada musim ini sekaligus dinobatkan hero Kelantan bagi perlawanan ini. Kehadiran lebih 500 penyokong Kelantan tidak dihampakan oleh para pemain.
Pada separuh masa pertama Norshahrul Idlan Talaha yang kembali dari penggantungan membuka tirai gol Kelantan seawal minit ke 7, namun
Kini pelbagai pujian dihamburkan kepada Piya yang mula menambah jumlah jaringan gol peribadinya kepada lima gol. Terima kasih kepada semua pemain dan pengurusan yang bertungkus lumus memastikan kemenangan pada malam tadi. Tidak dilupakan jasa-jasa penyokong setia Kelantan yang sentiasa bersama para pemain walaupun Kelantan kalah, seri atau menang. Tiada insiden buruk dilaporkan pada perlawanan ini. Tahniah The Red Warriors, semoga perlawanan ini terus menjadi pembuka selera Kelantan dan tidak membuatkan kita lupa diri serta kembali berlagak....Gomo kelate Gomo...........Terus bersama The Red Warriors...
Terima kasih kepada Hisyam Mokhtar yang berkongsi gambar-gambar dengan penyokong yang lain.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
credit to www.theredwarriors.com
Saturday, 16 April 2011
Friday, 15 April 2011
Jadual Perlawanan Liga Super 2011:
15.04 TERENGGANU lwn FELDA UNITED (8.45 mlm Stdm SINS)
16.04 KELANTAN lwn SABAH (8.45 mlm) Stdm SMIV)
16.04 SELANGOR lwn PERAK (8.45 mlm Stdm Shah Alam)
16.04 KUALA LUMPUR lwn T-TEAM (8.45 mlm Stdm Cheras)
.16.04 JOHOR FC lwn HARIMAU MUDA A (8.45 mlm Stdm Jcorp)
16.04 KEDAH lwn PAHANG (8.45 mlm Stdm Darul Aman)
16.04 PERLIS lwn NEGERI SEMBILAN (8.45 mlm Stdm Utama Negeri)
Thursday, 14 April 2011
SULAIMAN ALI SULAIMAN and WAN CRIME???????
sekali pun PERAK berjaya menewaskan KELANTAN baru2 nie tp beliau tidak sepatut nyer melibatkan org lain apetah lg SULTAN....ape komen anda ????
Tuesday, 12 April 2011
Aku dan dot dot
semakin jauh perjalanan semakin dekat kematian,semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan,hanye iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan,penuh ketenangan merempuh ujian.tuluslah dgn allah tuluslah sesama insan,berhijrah kita kedaerah kebaikan barokallah hulakom semuga allah memberkati.amin..
Perak intai benam Kelantan di gelanggang sendiri
Pertemuan dua pasukan kelompok atas Liga Super Selasa ini antara Perak menentang Kelantan di Stadium Perak dijangka akan menyajikan saingan sengit daripada kedua-dua pasukan.
Rekod tanpa kalah anak buah Norizan Bakar lebur pada hujung minggu lalu ekoran kekalahan 2-1 kepada Sabah di Stadium Likas, ia sekaligus merentap moral dan motivasi skuad Seladang tersebut.
Menanti kunjungan skuad Red Warriors bukan satu tugas muda buat Perak, menyedari hakikat tersebut Norizan pastinya mahukan aksi terbaik dan bertenaga daripada para pemainnya untuk mendapatkan hasil yang positif pada pertemuan tersebut.
"Ia satu misi yang sukar kerana Kelantan bukan sebuah pasukan yang mudah dijinakkan.
"Misi kami pastinya mengekang dan beraksi sebaik mungkin bagi mengekang kehebatan para pemain Kelantan nanti," ujar Norizan.
Namun harus diingat Perak boleh disifatkan sebagai kebal di laman sendiri termasuk gah memilki rekod pertahanan terbaik Liga Super dengan hanya dibolosi sebanyak lima kali sahaja setakat ini.
Namun bagi pengendali Perak, Norizan menyatakan rekod tidak memainkan peranan penting dalam misi untuk meraih tiga mata ke atas Kelantan.
Malah norizan percaya anak didiknya kini tekad kembali bangkit selepas kekecewaan tumpas kepada Sabah tempoh hari.
"Kekalahan lalu membakar semangat pemain untuk memperbaiki aksi semasa mereka. Kami bermain baik walaupun tewas kepada Sabah, tetapi menentang Kelantan esok pasti lebih istimewa buat kami di dalam memburu tiga mata penting," tambah Norizan lagi.
Berbeza dengan kelantan, The Red Warriors lebih digeruni kerana memiliki jentera serangan yang cukup berbisa.
Mana tidaknya, selepas mengharungi 10 perlawanan skuad kendalian Datuk M. Karathu itu sudah menjaringkan 24 gol.
Namun, Karathu mengharapkan agar anak didiknya beraksi lebih sebagai satu unit yang mantap dalam misi melebar jurang pendahulu di persada liga.
"Kami berada pada tahap terbaik sekarang, tetapi bagi saya jaminan untuk kemenangan lebih kepada aksi berpasukan," kata Karathu.
Sepanjang 4 pertemuan sejak 2009, Kelantan mempunyai kelebihan menang 3 perlawanan.
Kali terakhir dua pasukan ini bertemu ialah pada Jun 2010, Kelantan menang 2-0 ke atas Perak.
Siaran langsung perlawanan Perak menentang Kelantan akan disiarkan di Astro ARENA 801 pada selasa ini bermula jam 8.30 malam.
credit by Info Sukan Malaysia.
Rekod tanpa kalah anak buah Norizan Bakar lebur pada hujung minggu lalu ekoran kekalahan 2-1 kepada Sabah di Stadium Likas, ia sekaligus merentap moral dan motivasi skuad Seladang tersebut.
Menanti kunjungan skuad Red Warriors bukan satu tugas muda buat Perak, menyedari hakikat tersebut Norizan pastinya mahukan aksi terbaik dan bertenaga daripada para pemainnya untuk mendapatkan hasil yang positif pada pertemuan tersebut.
"Ia satu misi yang sukar kerana Kelantan bukan sebuah pasukan yang mudah dijinakkan.
"Misi kami pastinya mengekang dan beraksi sebaik mungkin bagi mengekang kehebatan para pemain Kelantan nanti," ujar Norizan.
Namun harus diingat Perak boleh disifatkan sebagai kebal di laman sendiri termasuk gah memilki rekod pertahanan terbaik Liga Super dengan hanya dibolosi sebanyak lima kali sahaja setakat ini.
Namun bagi pengendali Perak, Norizan menyatakan rekod tidak memainkan peranan penting dalam misi untuk meraih tiga mata ke atas Kelantan.
Malah norizan percaya anak didiknya kini tekad kembali bangkit selepas kekecewaan tumpas kepada Sabah tempoh hari.
"Kekalahan lalu membakar semangat pemain untuk memperbaiki aksi semasa mereka. Kami bermain baik walaupun tewas kepada Sabah, tetapi menentang Kelantan esok pasti lebih istimewa buat kami di dalam memburu tiga mata penting," tambah Norizan lagi.
Berbeza dengan kelantan, The Red Warriors lebih digeruni kerana memiliki jentera serangan yang cukup berbisa.
Mana tidaknya, selepas mengharungi 10 perlawanan skuad kendalian Datuk M. Karathu itu sudah menjaringkan 24 gol.
Namun, Karathu mengharapkan agar anak didiknya beraksi lebih sebagai satu unit yang mantap dalam misi melebar jurang pendahulu di persada liga.
"Kami berada pada tahap terbaik sekarang, tetapi bagi saya jaminan untuk kemenangan lebih kepada aksi berpasukan," kata Karathu.
Sepanjang 4 pertemuan sejak 2009, Kelantan mempunyai kelebihan menang 3 perlawanan.
Kali terakhir dua pasukan ini bertemu ialah pada Jun 2010, Kelantan menang 2-0 ke atas Perak.
Siaran langsung perlawanan Perak menentang Kelantan akan disiarkan di Astro ARENA 801 pada selasa ini bermula jam 8.30 malam.
credit by Info Sukan Malaysia.
T-Team mahu ‘balas dendam’
Skuad T-Team yang dibarisi hampir semua bekas pemain Terengganu mengidam ‘membalas dendam’ kekalahan kepada skuad abang pada aksi tahun lalu yang berkesudahan 1-2 pada saingan Liga Super pusingan kedua selepas seri 1-1 pada pusingan pertama.
“Memang misi kami adalah untuk mengalahkan Terengganu selepas tewas tipis tahun lalu dan berharap pertemuan kali ini bakal memihak kepada kami,” kata kapten T-Team, Rosdi Talib.
Rosdi yang pernah bersama Terengganu ketika muncul juara Piala Malaysia 2001 tetap merendah diri dan mengakui bukan mudah untuk menjinakkan barisan Terengganu yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.
Bagi kem Terengganu pula, misi skuad itu hanya satu iaitu menang pertemuan itu dan seterusnya mengekalkan status sebagai skuad utama walaupun bernaung dalam persatuan sama.
“Walaupun dianggap perlawanan sesama sendiri dan pernah berlatih bersama dalam satu pasukan dengan majoriti pemain T-Team, impian Terengganu adalah untuk menang dan seterusnya mampu menjadi pencabar utama liga,” kata kapten Terengganu, Marzuki Yusof.
Menurut kapten berusia 30 tahun itu, semua pemain kini berada pada tahap terbaik dan bertekad untuk bermain bersungguh-sungguh tanpa sebarang tekanan walaupun barisan Terengganu turun sebagai pasukan pelawat.
credit by Info Sukan Malaysia.
Tak rela maruah tercalar
SELEPAS rekod tanpa kalah mereka dirobek Sabah, Sabtu lalu, Perak tidak rela maruah mereka dicalar di gelanggang sendiri apabila turun bertemu Kelantan pada saingan Liga Super malam ini.
Justeru kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa (gambar) berharap rakan sepasukan akan bangkit untuk memastikan Seladang kekal kebal di hadapan penyokong sendiri ketika menerima kepulangan ketua jurulatih pasukan Cik Siti Wan Kembang, Datuk M Karathu ke negeri kelahirannya.
“Kekalahan di tangan Sabah cukup memeritkan dan kami tidak boleh biarkan Kelantan pula memalit arang di muka kami di kandang sendiri.
“Saya harap rakan sepasukan melupakan segera kekecewaan di Kota Kinabalu agar dapat fokus terhadap tugasan malam esok. “Yang berlalu biarkan berlalu. Yang penting setiap anggota pasukan bersedia menghadapi tugasan malam esok (ini), ”katanya.
Shahrulnizam sedar perlawanan ini pasti sengit dan menarik kerana menjadi tumpuan peminat kedua-dua pasukan.
“Saya jangkakan ramai yang akan hadir di stadium. Ia pasti satu perlawanan yang tidak mudah buat kedua-dua pasukan,” katanya.
Dia mengharapkan rakan sepasukan perlu mengelak melakukan kesilapan bertemu Kelantan yang pasti turun penuh bersemangat selepas meraikan kejayaan besar ke atas Harimau Muda A, Sabtu lalu.
Misi Kelantan 'calar' ego Seladang di Ipoh
KOTA BHARU - Kemenangan besar 6-0 ke atas Felda United di Kota Bharu, Sabtu lalu mengiringi peneraju Liga Super, Kelantan apabila berdepan pasukan di tangga ketiga Perak di Ipoh, hari ini.
Selain misi memungut tiga mata, pertembungan kedua-dua pasukan itu bukan sahaja menjanjikan aksi sengit, sebaliknya ada misi yang berbeza yang mahu dilakarkan oleh Datuk M. Karathu untuk Kelantan manakala Norizan Bakar bersama Perak.
Kredibiliti kedua-dua jurulatih ini tidak perlu dipertikaikan, masing-masing sudah sinonim dengan pasukan, baik M. Karathu mahupun Norizan Bakar yang pernah membimbing Kelantan dan Perak.
Selepas tiga tahun menyepi dari lapangan bola sepak tempatan, Norizan Bakar yang juga bekas pengendali Kelantan pada 2008, tampil dengan penuh bertenaga apabila meletakkan Perak sebagai antara pasukan yang perlu diberikan perhatian musim ini.
Namun, bagi M. Karathu yang juga bekas pengendali Perak musim 2009, kepulangannya ke Perak dengan misi meraih kita mata, demi menjarakkan kelebihan dengan Perak yang kini hanya dipisahkan satu mata.
Walaupun mencatat kemenangan ke atas Felda United, Sabtu lalu, Karathu enggan mendabik dada, sebaliknya mengingatkan pemain supaya berwaspada dan tidak mudah terjerat dengan taktikal lawan.
"Bertemu dengan Perak ia satu perlawanan yang sengit. Sama ada Kelantan atau pun Perak, masing-masing tidak mahu tercicir mata.
"Pasukan yang yang mampu memanfaatkan setiap peluang dan meminimumkan kesilapan, akan dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan itu nanti.
"Perak sebuah pasukan yang konsisten dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi serta mempunyai gabungan pemain muda yang berbakat dan berpengalaman.
"Ditambah pula dengan pengalaman ketua jurulatihnya Norizan Bakar, itu adalah antara kelebihan mereka,'' katanya semalam.
Karathu juga memberitahu, beliau tidak bercadang merombak kesebelasan utama yang akan menentang Perak hari ini.
"Tiada alasan untuk saya berbuat demikian.Pemain menunjukkan prestasi yang bagus. Saya rasa mereka harus diberi kepercayaan membawa cabaran Kelantan,'' ujarnya.
Hairuddin jejas aksi Hoben Jang Hoben
NEGERI Sembilan yang menanti kunjungan Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, bakal turun sedikit tempang apabila tidak menurunkan barisan terbaik selepas penyerang utama, Hairuddin Omar, tidak dapat beraksi kerana mengumpul tiga kad kuning.
Ini sekali gus membuatkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah terpaksa mengenal pasti pemain berwibawa untuk menggalas tanggungjawab di posisi penting itu bagi digandingkan dengan seorang lagi penyerang, Ahmad Fakhri Saarani dalam usaha memastikan serangan pasukan tidak terjejas dan misi meraih kemenangan di halaman sendiri dapat direalisasikan malam ini.
“Persiapan sedikit terjejas tanpa Hairuddin dan kami hanya ada Ahmad Fakhri untuk menerajui barisan serangan berikutan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak masih tidak cergas untuk diturunkan.
“Walaupun ada pemain menggantikan Hairuddin (gambar), setakat ini hanyalah dari kalangan pemain muda antaranya Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Shaffik Rahman untuk digandingkan dengan Ahmad Fakhri dalam usaha menembusi benteng Kedah,” katanya.
Monday, 11 April 2011
Jadual Perlawanan Liga Super 2011:
Selasa, April 12, 2011
Sabah lwn Perlis Stadium Likas 20:30)
Terengganu T-Team lwn Terengganu (Stadium Sultan Nasiruddin Shah 20:45)
Perak lwn Kelantan (Stadium Perak 20:45) - LIVE N Sembilan lwn Kedah (Stadium Paroi 20:45)
Pahang lwn Johor FC (Stadium Darul Makmur 20:45)
Harimau Muda A lwn Kuala Lumpur (Stadium Shah Alam 20:45)
Felda United FC lwn Selangor (Stadium KLFA 20:45)
Sunday, 10 April 2011
Vettel sambar petak utama,Lotus Renault terus cipta kejutan
JUARA dunia, Sebastian Vettel berpeluang mencatat kejayaan kedua berturut-turut dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1) 2011 apabila bermula di petak hadapan pada saingan Grand Prix (GP) Malaysia petang ini.
Pemandu Red Bull itu muncul pemandu terpantas pada sesi kelayakan di Litar Sepang semalam dengan masa 1 minit 34.870, hanya 0.024 saat mengatasi pemandu McLaren, Lewis Hamilton di tempat kedua.
Hamilton pada mulanya dilihat bakal memenangi petak utama itu setelah mencatat 34.974s pada sesi kelayakan ketiga (Q3).PASUKAN Lotus Renault yang membawa imej Proton, sekali lagi mencipta kejutan dengan menduduki kelompok 10 petak hadapan setelah dua pemandunya, Nick Heidfeld dan Vitaly Petrov mencatat masa keenam dan kelapan terpan- tas pada sesi kelayakan ketiga (Q3) perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang petang semalam.
GAYA pemanduan Heidfeld semalam memberi harapan kepada pasukan Lotus Renault untuk meraih mata pada GP Malaysia hari ini. |
credit to www.kosmo.com.my
2011 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX
Race Date->10 Apr 2011->16:00
Circuit Name->Sepang International Circuit
Number of Laps->56
Circuit Length->5.543 km
...Race Distance->310.408 km
Lap Record->1:34.223 ->JP Montoya (2004)
KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAM INI
KEDAH 1-0 PERLIS
SABAH 2-1 PERAK
JOHOR FC 0-0 NEGERI SEMBILAN
KELANTAN 6-0 FELDA UNITED
.KUALA LUMPUR 0-0 PAHANG
TERENGGANU 3-1 HARIMAU MUDA
SELANGOR 0-2 T-TEAM
Kedudukan Terkini Liga Super 9/4/2011
Kelantan kembali menerajui takhta,Selangor merasa seminggu sajer,rekod Perak lebur akhirnya,Itulah cerita dlm Liga Super.
KELANTAN BERPESTA GOL
Pendahulu LIGA SUPER 2011, Kelantan berpesta gol di stadium sultan muhammed ke – iv kota bharu selepas membelasah pasukan Felda United 6 – 0.
Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke 33″ menerusi pemain tengah Shakir Shaari dengan rembatan jarak 25 meter menewaskan penjaga gol felda united, sepuluh minit kemudian Felda United terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas pemain felda mengasari Chanturu dalam kotak penalti dan Shahrul Idlan Talaha tidak mensia siakan penalti tersebut untuk menjaringkan gol peribadinya yang ke – 7 musim ini.
Tamat separuh masa pertama menyaksikan Kelantan 2 – 0 Felda United.
Bersambung babak kedua, Kelantan terus menguasai permainan dengan melakukan banyak serangan berbanding pasukan pelawat dan hasilnya pemain gantian, Nizad Ayub berjaya menjaringkan gol ke – 3 Kelantan pada minit ke 62″ walaupun baru 5 minit masuk ke padang menggantikan Shahrul Idlan Talaha.
Nizad Ayub sekali lagi menggamatkan Stadium Sultan Muhammad Ke – IV dengan menjaringkan gol ke – 4 Kelantan pada minit ke 73″ untuk Kelantan selesa di depan dengan jaringan 4 – 0.
Danial Fadzly Abdullah menambah derita pelawat pada minit ke 84″ apabila sepakan percumanya berjaya menggegar jaring pasukan Felda United dengan kedudukan 5 – 0.
Izuan Solahuddin menamatkan malam gilang gemilang Kelantan dengan gol ke – 6 Kelantan dan juga gol pertamanya dalam perlawanan pertama beliau bersama Skuad Senior Kelantan pada minit ke 90″.
Tamat Perlawanan Kelantan FA 6 – 0 Felda United.
credit to kelantanFA.com
Pantun yg dikerat-kerat
Kelantan kembali menerajui takhta,
Selangor merasa seminggu sajer,
rekod Perak lebur akhirnya,
Itulah cerita dlm Liga Super.
credit to FB Muhammad Sapuan
Saturday, 9 April 2011
Perlawanan Liga Super Hari Ini
KELANTAN - FELDA UNITED (8.45 mlm Stdm Sultan Muhammad iv)
SELANGOR - TTEAM (8.45 mlm Stdm Shah Alam)
SABAH - PERAK (8.15 mlm Stdm Likas)
.TERENGGANU - HARIMAU MUDA A (8.45 mlm Stdm Sultan Ismail)
K.LUMPUR - PAHANG (8.45 mlm Stdm Cheras)
JOHOR FC - N.SEMBILAN (8.45 mlm Stdm J-Corp)
Friday, 8 April 2011
Terbuai dibelai pengkid
|
| |
GADIS manis itu lagaknya seperti insan biasa, tiada yang istimewa atau aneh pada dirinya.
Namun, Anis, 27, pernah melalui gelora pahit dalam hidupnya setelah dikecewakan insan bernama lelaki.
Tidak terlepas daripada menjalinkan hubungan normal seperti kebanyakan pasangan lain sejak usia belasan tahun, Anis bagaimanapun mencalit garisan hitam dalam lembaran hayatnya setelah bertemu Asrul, 28, tatkala menuntut di sebuah kolej di ibu kota.
Cinta membuatkan hatinya buta. Dia hanya menurut kemahuan nafsu yang merajai diri sehingga sanggup menyerahkan segala yang dimiliki termasuk maruah dan wang ringgit.
Kata-kata manis Asrul selama ini rupa-rupanya cuma ingin mengambil kesempatan ke atas Anis yang mulus dan ada rupa.
“Asrul memang mengubah radius kehidupan saya sepenuhnya sehingga saya sanggup menyerahkan segala-galanya kepadanya,” ujar Anis kepada Jurnal.
Mengimbas kenangan bersama Asrul, Anis mengandaikan cinta mereka adalah yang teragung dan sukar dicari. Anis tidak sanggup berpisah dengan Asrul walaupun sekejap.
“Ke mana saja pergi kami mesti bersama sedangkan kami belajar di fakulti yang berlainan.
“Namun, Asrul masih sempat mencari perempuan selain saya,” bicaranya dalam nada sebak.
Malah, Asrul sendiri mengaku kepada Anis yang dia memang ada perempuan lain sehingga membawa ke ranjang.
Bagai halilintar membelah bumi, pada masa itu juga Anis menamatkan hubungan cinta mereka.
Songsang
“Saya bukan jenis wanita yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain apatah lagi jika sudah melibatkan hubungan intim.
“Kepercayaan kepada lelaki luntur sama sekali. Biarlah golongan lelaki sekadar menjadi kawan, bukan insan yang perlu saya curahkan kasih sayang,” tambah Anis yang sentiasa dikelilingi lelaki termasuk lima abangnya yang telah berumah tangga.
Tanpa diduga, tatkala Anis memerlukan sokongan, Erry muncul mengutip serpihan hatinya yang retak lalu memupuk dan membelainya dengan sepenuh perasaan cinta.
Erry bukan insan biasa bagi Anis. Walaupun lagaknya seakan-akan lelaki selain pemakaiannya bak lelaki sejati, hanya Erry yang memahami jiwa Anis.
“Selepas bersama Asrul selama dua tahun akhirnya kami putus begitu sahaja.
“Pada masa yang sama, Erry muncul memberikan cintanya walaupun kami sesama jantina,” getus Anis yang semakin menemui sinar hidupnya.
Bercahaya. Itu tafsiran yang diberikan kepada kehadiran Erry yang bukan bersifat mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Selain cinta dan kasih sayang, Erry sanggup berkorban demi melihat Anis bahagia dan sentiasa ceria.
“Erry menjual motosikal kesayangannya demi membayar ansuran bulanan kereta baru saya.
“Katanya, dia tidak sanggup melihat saya meredah panas terik matahari menaiki motosikal untuk ke kolej.
“Dia juga sering menemani dan menunggu saya di luar dewan kuliah,” katanya yang kini menetap di sebuah negeri di utara Semenanjung.
Percaya pada prinsip hanya wanita tahu apa yang wanita lain inginkan menjadikan Anis terus hanyut bersama Erry dalam bahtera yang mereka cipta sendiri.
“Mungkin satu hari nanti cinta saya akan beralih arah apabila bertemu lelaki yang dapat menerima diri saya seadanya,” singkapnya bersulam nada kekesalan.
|
| RAMAI gadis beralih arah kepada cinta wanita pengkid kerana golongan itu dikatakan lebih romantis dan mengambil berat. - Gambar hiasan |
Kisah Ain, 25 pula berbeza plot penceritaannya. Akibat tidak tahan menanggung rindu terlalu lama berpisah dengan tunangnya, Dani, yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, cinta Ain pula berubah.
“Siapa yang tidak perlukan cinta di dunia ini. Saya akui saya mahukan cinta dan perlindungan daripada seseorang yang diyakini dan selesa,” bicaranya.
Selain tidak percaya pada kejujuran cinta yang berada jauh beribu kilometer, ujar Ain yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dia sentiasa memerlukan kehangatan kasih sayang.
Jauh
“Saya putuskan hubungan dengan Dani sebab berasa terlalu lama menunggu.
“Saya serik malah yakin dia semakin melupakan saya kerana kami kian jarang berhubung selepas hampir dua tahun dia tinggal di luar negara,” jelasnya.
Setelah hubungannya bersama lelaki berkecai sebelum sempat ke jenjang pelamin, Ain disunting pula oleh seorang pengkid selepas mereka berkenalan dalam sebuah laman sosial.
Nat atau Natalie, 24, yang beragama Kristian sekali pandang saling tak tumpah seperti seorang lelaki, bahkan bulu roma halus pada wajahnya sudah cukup menggetarkan sanubari Ain.
Berkalung kata-kata dan pujukan manis Nat, Ain akhirnya memutuskan untuk memilih jalan hidup yang berbeza.
“Saya bahagia bersama Nat. Dia sentiasa bersama saya dan menghargai diri saya lebih daripada Dani yang hanya gemar menabur janji kosong,” luahnya yang selesa dengan kehidupan barunya bersama Nat.
Tatkala ditebak tentang penerimaan keluarga terhadap cinta barunya, Ain menyerahkan pada takdir dan waktu yang mungkin bakal membisikkan bayu keinsafan pada dirinya.
credit to www.kosmo.com.my
Jepun bimbang loji nuklear meletup lagi
|
| LOJI nuklear Fukushima Daiichi di bandar Okuma, timur laut Jepun. |
TOKYO - Para pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi, Jepun mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor yang rosak bagi mencegah letupan daripada berlaku manakala kerajaan Jepun menimbang untuk meluaskan zon pengasingan di sekitar loji berkenaan.
Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut.
Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu.
Ketua Jurucakap Kerajaan Jepun, Yukio Edano menyatakan, Tokyo sedang menimbang untuk meluaskan zon perpindahan di sekitar loji itu daripada 20 kilometer yang dikuatkuasakan sekarang.
Langkah tersebut susulan kenyataan sebuah pertubuhan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa zon tersebut perlu diperluaskan.
"Setakat ini, standard keselamatan kami untuk penduduk tempatan adalah mereka akan diarah supaya berpindah jika tahap radiasi mencecah bacaan 50 milisievert atau lebih tinggi," katanya.
Mengulas mengenai usaha mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor terbabit, Edano memberitahu bahawa proses itu berjalan dengan lancar.
Katanya, sebanyak 6,000 kubik meter nitrogen akan digunakan dengan proses itu yang dijangka mengambil masa enam hari.
TEPCO menyatakan, ia turut merancang mengepam nitrogen ke dalam reaktor No.2 dan No.3 sebagai langkah berjaga-jaga.
Loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan akibat gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu yang turut mengorbankan lebih 12,500 orang dengan 15,000 lagi masih hilang setakat ini.credit to www.kosmo.com.my
Henjutan Azizulhasni ditagih
|
| AZIZULHASNI (kiri) merupakan pelumba asal dalam trio pecut berpasukan sebelum tempatnya diambil oleh Edrus. |
KHIDMAT jaguh pecut negara, Mohd. Azizulhasni Awang mungkin ditagih dalam acara pecut berpasukan bagi memastikan Malaysia mempunyai wakil dalam acara itu pada Sukan Olimpik London 2012 nanti.
Ketika hanya tinggal lebih 12 bulan lagi sebelum pusi- ngan kelayakan ke temasya itu berlangsung, trio pecut negara yang dibarisi Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin dan Mohd. Edrus Yunos masih gagal mengutip mata yang diperlukan untuk layak secara automatik.
Hanya dua slot sahaja ditawarkan dalam acara itu di setiap benua dan buat masa ini trio negara masih berada di tempat ketiga di belakang pendahulu, China dan Jepun.
Situasi ini mengundang resah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang mahu Malaysia mempunyai wakil dalam acara ini di London nanti dan pelumba keirin No. 1 dunia, Azizulhasni dilihat sebagai jawapannya.
“Kita mungkin terpaksa menyenaraikan semula Azizulhasni dalam trio utama acara pecut berpasukan sekiranya mahu melayakkan diri beraksi di temasya Olimpik London 2012,” kata Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad.
“Sekarang tinggal lebih 12 bulan saja lagi sebelum aksi kelayakan bermula, jadi saya harap dengan kehadiran Azizulhasni, kita mampu mencatat kemenangan dalam beberapa kejohanan siri dunia dan kejohanan lain tahun ini.
“Ini penting kerana trio yang ada sekarang masih belum mampu mengutip banyak mata dan di belakang China serta Jepun dalam perebutan dua slot acara ini di benua Asia,” jelas beliau lagi.
Azizulhasni merupakan pelumba asal dalam trio pecut berpasukan sebelum tempatnya diisi oleh Edrus kerana pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu mahu menumpukan perhatian kepada dua acara kegemarannya pecut individu dan keirin.
“Ketika ini hanya Azizulhasni (keirin, pecut individu) dan Fatehah Mustapa (keirin wanita) saja yang dilihat berpeluang cerah untuk layak ke Sukan Olimpik 2012.
“Jadi kalau boleh kita mahu pasukan pecut kita juga layak beraksi kerana ia akan memberi gambaran keseluruhan tentang kekuatan sebenar pasukan Malaysia.
“Kita telah mencuba beberapa gandingan pelumba sejak dua tahun lalu, tetapi saya rasa gandingan Azizulhasni, Josiah dan Rizal adalah yang terbaik,” tambah Naim lagi.
credit to www.kosmo.com.my
Ancelotti selar pengadil

TORRES (kiri) menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pengadil perlawanan, Alberto Undiano selepas Chelsea tewas 0-1 kepada United awal pagi semalam.
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya kepada pengadil perlawanan, Alberto Undiano.
Ia gara-gara keputusan pengadil dari Sepanyol itu yang enggan memberikan sepakan penalti kepada skuad The Blues ketika tewas 0-1 kepada Manchester United pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Ancelotti mendakwa, skuad kendaliannya itu wajar dihadiahkan sepakan penalti selepas tonggak pertahanan United, Patrice Evra mengasari pemain tengah, Ramires pada lewat babak perlawanan pada aksi di Stamford Bridge itu.
Sekiranya, Udiano menghadiahkan sepakan penalti kepada The Blues, perlawanan itu pastinya akan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Begitupun, ia tidak menjadi kenyataan apabila skuad The Red Devils berjaya mencatat kemenangan tipis hasil jaringan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney pada minit ke-24.
"Ia dapat dilihat dengan jelas. Semua orang tahu yang kami (Chelsea) berhak untuk diberikan sepakan penalti.
"Ada masanya, memang sukar untuk memberikan sepakan penalti. Apatah lagi apabila ia berlaku pada minit-minit terakhir perlawanan tetapi pengadil perlu memiliki keberanian untuk membuat keputusan.
"Begitupun, tidak semua pengadil memiliki skil yang sedemikian dan berani dalam membuat sebarang keputusan," kata Ancelotti.
Menurut Ancelotti, beliau ada mengemukakan bantahan kepada Udiano sejurus tamat perlawanan tetapi pengadil tersebut tidak mengendahkannya.
"Saya memberitahunya (Udiano) bahawa dia sepatutnya memberi kami sepakan penalti tetapi jawapan yang diberikannya adalah tidak."credit to www.kosmo.com.my
Barca belasah Shakhtar

INIESTA meledakkan gol pertama Barcelona ketika menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
BARCELONA - Barcelona mengesahkan statusnya selaku salah sebuah kelab terbaik dunia apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Paling menarik, pada aksi yang berlangsung di Stadium Nou Camp tersebut, lima gol yang diperoleh skuad The Catalan dijaringkan oleh pemain yang berbeza.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta membuka tirai jaringan seawal minit kedua sebelum Dani Alves menambah gol kedua pada minit ke-34 diikuti Gerard Pique (53), Seydou Keita (60) dan Xavi (86).
Gol sagu hati Shakhtar pula hadir menerusi jaringan yang dilakukan Yaroslav Rakitskiy pada minit ke-59.
Kemenangan itu turut menyaksikan Barcelona mencipta rekod tersendiri apabila merekodkan kemenangan ke- 10 dengan jaringan melebihi lima gol dalam satu perlawanan musim ini.
Tidak cukup dengan itu, The Catalan secara keseluruhannya telah merekodkan 132 gol ke atas lawan mereka yang mana 30 gol dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Keputusan yang kami (Barcelona) catat ini adalah sangat baik tetapi ia masih belum menjamin tempat kami untuk mara ke peringkat separuh akhir.
"Jadi... kami perlu lebih berhati-hati pada aksi kedua nanti.
"Shakhtar akan menjadi lebih kuat apabila beraksi di laman sendiri.
"Lihat sahaja ketika mereka menewaskan Arsenal dan AS Roma.
"Itu bakal menjadi pengajaran berguna buat kami," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Shakhtar, Mircea Lucescu seakan-akan sudah 'mengibar bendera putih' berikutan kekalahan yang dialami pasukannya.
Ini kerana, Lucescu menganggap Barcelona telah mara ke peringkat separuh akhir di atas kemenangan selesa yang dilakarkan anak-anak buah Guardiola itu.
"Dengan keputusan yang ada pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam), Barcelona dianggap telah mara ke peringkat separuh akhir.
"Saya tidak fikir ada mana- mana pasukan yang mampu menewaskan Barcelona dalam saingan musim ini.
"Memang pasukan lawan akan memberikan mereka (Barcelona) kesukaran tetapi mereka tahu bagaimana caranya untuk mengawal situasi tersebut dengan baik dan menggunakan segala kelebihan yang dimiliki," jelas Lucescu.credit to www.kosmo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)














