I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Friday, 8 April 2011

AWAS!!!!! telur tiruan...KENAL PASTI DAHULU

layan lagu nie pulak

Terbuai dibelai pengkid



GADIS manis itu lagaknya seperti insan biasa, tiada yang istimewa atau aneh pada dirinya.
Namun, Anis, 27, pernah melalui gelora pahit dalam hidupnya setelah dikecewakan insan bernama lelaki.
Tidak terlepas daripada menjalinkan hubungan normal seperti kebanyakan pasangan lain sejak usia belasan tahun, Anis bagaimanapun mencalit garisan hitam dalam lembaran hayatnya setelah bertemu Asrul, 28, tatkala menuntut di sebuah kolej di ibu kota.
Cinta membuatkan hatinya buta. Dia hanya menurut kemahuan nafsu yang merajai diri sehingga sanggup menyerahkan segala yang dimiliki termasuk maruah dan wang ringgit.
Kata-kata manis Asrul selama ini rupa-rupanya cuma ingin mengambil kesempatan ke atas Anis yang mulus dan ada rupa.
“Asrul memang mengubah radius kehidupan saya sepenuhnya sehingga saya sanggup menyerahkan segala-galanya kepadanya,” ujar Anis kepada Jurnal.
Mengimbas kenangan bersama Asrul, Anis mengandaikan cinta mereka adalah yang teragung dan sukar dicari. Anis tidak sanggup berpisah dengan Asrul walaupun sekejap.
“Ke mana saja pergi kami mesti bersama sedangkan kami belajar di fakulti yang berlainan.
“Namun, Asrul masih sempat mencari perempuan selain saya,” bicaranya dalam nada sebak.
Malah, Asrul sendiri mengaku kepada Anis yang dia memang ada perempuan lain sehingga membawa ke ranjang.
Bagai halilintar membelah bumi, pada masa itu juga Anis menamatkan hubungan cinta mereka.
Songsang
“Saya bukan jenis wanita yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain apatah lagi jika sudah melibatkan hubungan intim.
“Kepercayaan kepada lelaki luntur sama sekali. Biarlah golongan lelaki sekadar menjadi kawan, bukan insan yang perlu saya curahkan kasih sayang,” tambah Anis yang sentiasa dikelilingi lelaki termasuk lima abangnya yang telah berumah tangga.
Tanpa diduga, tatkala Anis memerlukan sokongan, Erry muncul mengutip serpihan hatinya yang retak lalu memupuk dan membelainya dengan sepenuh perasaan cinta.
Erry bukan insan biasa bagi Anis. Walaupun lagaknya seakan-akan lelaki selain pemakaiannya bak lelaki sejati, hanya Erry yang memahami jiwa Anis.
“Selepas bersama Asrul selama dua tahun akhirnya kami putus begitu sahaja.
“Pada masa yang sama, Erry muncul memberikan cintanya walaupun kami sesama jantina,” getus Anis yang semakin menemui sinar hidupnya.
Bercahaya. Itu tafsiran yang diberikan kepada kehadiran Erry yang bukan bersifat mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Selain cinta dan kasih sayang, Erry sanggup berkorban demi melihat Anis bahagia dan sentiasa ceria.
“Erry menjual motosikal kesayangannya demi membayar ansuran bulanan kereta baru saya.
“Katanya, dia tidak sanggup melihat saya meredah panas terik matahari menaiki motosikal untuk ke kolej.
“Dia juga sering menemani dan menunggu saya di luar dewan kuliah,” katanya yang kini menetap di sebuah negeri di utara Semenanjung.
Percaya pada prinsip hanya wanita tahu apa yang wanita lain inginkan menjadikan Anis terus hanyut bersama Erry dalam bahtera yang mereka cipta sendiri.
“Mungkin satu hari nanti cinta saya akan beralih arah apabila bertemu lelaki yang dapat menerima diri saya seadanya,” singkapnya bersulam nada kekesalan.
RAMAI gadis beralih arah kepada cinta wanita pengkid kerana golongan itu dikatakan lebih romantis dan mengambil berat. - Gambar hiasan


Kisah Ain, 25 pula berbeza plot penceritaannya. Akibat tidak tahan menanggung rindu terlalu lama berpisah dengan tunangnya, Dani, yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, cinta Ain pula berubah.
“Siapa yang tidak perlukan cinta di dunia ini. Saya akui saya mahukan cinta dan perlindungan daripada seseorang yang diyakini dan selesa,” bicaranya.
Selain tidak percaya pada kejujuran cinta yang berada jauh beribu kilometer, ujar Ain yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dia sentiasa memerlukan kehangatan kasih sayang.
Jauh
“Saya putuskan hubungan dengan Dani sebab berasa terlalu lama menunggu.
“Saya serik malah yakin dia semakin melupakan saya kerana kami kian jarang berhubung selepas hampir dua tahun dia tinggal di luar negara,” jelasnya.
Setelah hubungannya bersama lelaki berkecai sebelum sempat ke jenjang pelamin, Ain disunting pula oleh seorang pengkid selepas mereka berkenalan dalam sebuah laman sosial.
Nat atau Natalie, 24, yang beragama Kristian sekali pandang saling tak tumpah seperti seorang lelaki, bahkan bulu roma halus pada wajahnya sudah cukup menggetarkan sanubari Ain.
Berkalung kata-kata dan pujukan manis Nat, Ain akhirnya memutuskan untuk memilih jalan hidup yang berbeza.
“Saya bahagia bersama Nat. Dia sentiasa bersama saya dan menghargai diri saya lebih daripada Dani yang hanya gemar menabur janji kosong,” luahnya yang selesa dengan kehidupan barunya bersama Nat.
Tatkala ditebak tentang penerimaan keluarga terhadap cinta barunya, Ain menyerahkan pada takdir dan waktu yang mungkin bakal membisikkan bayu keinsafan pada dirinya.

credit to www.kosmo.com.my

Jepun bimbang loji nuklear meletup lagi

LOJI nuklear Fukushima Daiichi di bandar Okuma, timur laut Jepun.


TOKYO - Para pekerja di loji nuklear Fukushima Daiichi, Jepun mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor yang rosak bagi mencegah letupan daripada berlaku manakala kerajaan Jepun menimbang untuk meluaskan zon pengasingan di sekitar loji berkenaan.
Ketika krisis kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi masuk minggu keempat semalam, pengendalinya, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, pihaknya bimbang pengumpulan gas hidrogen di reaktor No.1 boleh menyebabkan satu lagi letupan berlaku di tapak loji tersebut.
Sebelum ini berlaku beberapa letupan di loji tersebut yang bermula sejak 12 Mac lalu.
Ketua Jurucakap Kerajaan Jepun, Yukio Edano menyatakan, Tokyo sedang menimbang untuk meluaskan zon perpindahan di sekitar loji itu daripada 20 kilometer yang dikuatkuasakan sekarang.
Langkah tersebut susulan kenyataan sebuah pertubuhan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa zon tersebut perlu diperluaskan.
"Setakat ini, standard keselamatan kami untuk penduduk tempatan adalah mereka akan diarah supaya berpindah jika tahap radiasi mencecah bacaan 50 milisievert atau lebih tinggi," katanya.
Mengulas mengenai usaha mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor terbabit, Edano memberitahu bahawa proses itu berjalan dengan lancar.
Katanya, sebanyak 6,000 kubik meter nitrogen akan digunakan dengan proses itu yang dijangka mengambil masa enam hari.
TEPCO menyatakan, ia turut merancang mengepam nitrogen ke dalam reaktor No.2 dan No.3 sebagai langkah berjaga-jaga.
Loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan akibat gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac lalu yang turut mengorbankan lebih 12,500 orang dengan 15,000 lagi masih hilang setakat ini.

credit to www.kosmo.com.my

Henjutan Azizulhasni ditagih

AZIZULHASNI (kiri) merupakan pelumba asal dalam trio pecut berpasukan sebelum tempatnya diambil oleh Edrus.


KHIDMAT jaguh pecut negara, Mohd. Azizulhasni Awang mungkin ditagih dalam acara pecut berpasukan bagi memastikan Malaysia mempunyai wakil dalam acara itu pada Sukan Olimpik London 2012 nanti.
Ketika hanya tinggal lebih 12 bulan lagi sebelum pusi- ngan kelayakan ke temasya itu berlangsung, trio pecut negara yang dibarisi Josiah Ng, Mohd. Rizal Tisin dan Mohd. Edrus Yunos masih gagal mengutip mata yang diperlukan untuk layak secara automatik.
Hanya dua slot sahaja ditawarkan dalam acara itu di setiap benua dan buat masa ini trio negara masih berada di tempat ketiga di belakang pendahulu, China dan Jepun.
Situasi ini mengundang resah Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang mahu Malaysia mempunyai wakil dalam acara ini di London nanti dan pelumba keirin No. 1 dunia, Azizulhasni dilihat sebagai jawapannya.
“Kita mungkin terpaksa menyenaraikan semula Azizulhasni dalam trio utama acara pecut berpasukan sekiranya mahu melayakkan diri beraksi di temasya Olimpik London 2012,” kata Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad.
“Sekarang tinggal lebih 12 bulan saja lagi sebelum aksi kelayakan bermula, jadi saya harap dengan kehadiran Azizulhasni, kita mampu mencatat kemenangan dalam beberapa kejohanan siri dunia dan kejohanan lain tahun ini.
“Ini penting kerana trio yang ada sekarang masih belum mampu mengutip banyak mata dan di belakang China serta Jepun dalam perebutan dua slot acara ini di benua Asia,” jelas beliau lagi.
Azizulhasni merupakan pelumba asal dalam trio pecut berpasukan sebelum tempatnya diisi oleh Edrus kerana pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu mahu menumpukan perhatian kepada dua acara kegemarannya pecut individu dan keirin.
“Ketika ini hanya Azizulhasni (keirin, pecut individu) dan Fatehah Mustapa (keirin wanita) saja yang dilihat berpeluang cerah untuk layak ke Sukan Olimpik 2012.
“Jadi kalau boleh kita mahu pasukan pecut kita juga layak beraksi kerana ia akan memberi gambaran keseluruhan tentang kekuatan sebenar pasukan Malaysia.
“Kita telah mencuba beberapa gandingan pelumba sejak dua tahun lalu, tetapi saya rasa gandingan Azizulhasni, Josiah dan Rizal adalah yang terbaik,” tambah Naim lagi.

credit to www.kosmo.com.my

Ancelotti selar pengadil

TORRES (kiri) menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pengadil perlawanan, Alberto Undiano selepas Chelsea tewas 0-1 kepada United awal pagi semalam.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya kepada pengadil perlawanan, Alberto Undiano.
Ia gara-gara keputusan pengadil dari Sepanyol itu yang enggan memberikan sepakan penalti kepada skuad The Blues ketika tewas 0-1 kepada Manchester United pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Ancelotti mendakwa, skuad kendaliannya itu wajar dihadiahkan sepakan penalti selepas tonggak pertahanan United, Patrice Evra mengasari pemain tengah, Ramires pada lewat babak perlawanan pada aksi di Stamford Bridge itu.
Sekiranya, Udiano menghadiahkan sepakan penalti kepada The Blues, perlawanan itu pastinya akan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Begitupun, ia tidak menjadi kenyataan apabila skuad The Red Devils berjaya mencatat kemenangan tipis hasil jaringan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney pada minit ke-24.
"Ia dapat dilihat dengan jelas. Semua orang tahu yang kami (Chelsea) berhak untuk diberikan sepakan penalti.
"Ada masanya, memang sukar untuk memberikan sepakan penalti. Apatah lagi apabila ia berlaku pada minit-minit terakhir perlawanan tetapi pengadil perlu memiliki keberanian untuk membuat keputusan.
"Begitupun, tidak semua pengadil memiliki skil yang sedemikian dan berani dalam membuat sebarang keputusan," kata Ancelotti.
Menurut Ancelotti, beliau ada mengemukakan bantahan kepada Udiano sejurus tamat perlawanan tetapi pengadil tersebut tidak mengendahkannya.
"Saya memberitahunya (Udiano) bahawa dia sepatutnya memberi kami sepakan penalti tetapi jawapan yang diberikannya adalah tidak."


credit to www.kosmo.com.my

Barca belasah Shakhtar

INIESTA meledakkan gol pertama Barcelona ketika menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.


BARCELONA - Barcelona mengesahkan statusnya selaku salah sebuah kelab terbaik dunia apabila menewaskan Shakhtar Donetsk 5-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Paling menarik, pada aksi yang berlangsung di Stadium Nou Camp tersebut, lima gol yang diperoleh skuad The Catalan dijaringkan oleh pemain yang berbeza.
Pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta membuka tirai jaringan seawal minit kedua sebelum Dani Alves menambah gol kedua pada minit ke-34 diikuti Gerard Pique (53), Seydou Keita (60) dan Xavi (86).
Gol sagu hati Shakhtar pula hadir menerusi jaringan yang dilakukan Yaroslav Rakitskiy pada minit ke-59.
Kemenangan itu turut menyaksikan Barcelona mencipta rekod tersendiri apabila merekodkan kemenangan ke- 10 dengan jaringan melebihi lima gol dalam satu perlawanan musim ini.
Tidak cukup dengan itu, The Catalan secara keseluruhannya telah merekodkan 132 gol ke atas lawan mereka yang mana 30 gol dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Keputusan yang kami (Barcelona) catat ini adalah sangat baik tetapi ia masih belum menjamin tempat kami untuk mara ke peringkat separuh akhir.
"Jadi... kami perlu lebih berhati-hati pada aksi kedua nanti.
"Shakhtar akan menjadi lebih kuat apabila beraksi di laman sendiri.
"Lihat sahaja ketika mereka menewaskan Arsenal dan AS Roma.
"Itu bakal menjadi pengajaran berguna buat kami," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Shakhtar, Mircea Lucescu seakan-akan sudah 'mengibar bendera putih' berikutan kekalahan yang dialami pasukannya.
Ini kerana, Lucescu menganggap Barcelona telah mara ke peringkat separuh akhir di atas kemenangan selesa yang dilakarkan anak-anak buah Guardiola itu.
"Dengan keputusan yang ada pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam), Barcelona dianggap telah mara ke peringkat separuh akhir.
"Saya tidak fikir ada mana- mana pasukan yang mampu menewaskan Barcelona dalam saingan musim ini.
"Memang pasukan lawan akan memberikan mereka (Barcelona) kesukaran tetapi mereka tahu bagaimana caranya untuk mengawal situasi tersebut dengan baik dan menggunakan segala kelebihan yang dimiliki," jelas Lucescu.

credit to www.kosmo.com.my

Ratusan telur tiruan dirampas

Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut.
Difahamkan, semua pemilik premis berkenaan memperoleh telur ayam yang mempunyai saiz luar biasa itu daripada dua pemborong yang berpangkalan di negeri itu.
Malah, peniaga juga mendakwa, mereka tidak dimaklumkan mengenai ketulenan telur yang dibekalkan oleh pemborong berkenaan sebaliknya hanya menjual seperti telur biasa pada harga RM11 bagi setiap 30 biji.
Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK, M. Guna Selan berkata, pihaknya bertindak merampas kesemua telur tersebut untuk dikaji ketulenannya.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tiga buah premis menjual telur tersebut dilakukan berdasarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu tersebut kelmarin.
“Kami segera membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang didakwa menjual telur tersebut.
“Kami akan mengambil sampel telur itu untuk dibawa ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

credit to www.kosmo.com.my

Lapan pegawai Imigresen didakwa

Lapan pegawai Imigresen dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 83 pertuduhan menerima suapan bernilai RM122,140 bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang Indonesia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan tahun lalu.
Bagaimanapun, kelapan-lapan tertuduh Md. Shahrizal Che Dan, 26; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; Mohamad Huzzail Ahmad, 31; Ahmad Zahed Abd Alim, 28; Mohd. Hafiz Zakaria, 27; Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26; dan Azmir Mahadi, 28, mengaku tidak bersalah.
Kesemua tertuduh yang masih muda itu merupakan anggota gred KP17 dan bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini. Kesemua rasuah itu diterima menerusi transaksi beberapa bank sekitar Klang dan Pelabuhan Klang.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Md. Shahrizal didakwa atas 31 dakwaan menerima rasuah daripada pekerja feri, Khairul Shah Hosnie berjumlah RM51,760. Khairul Shah merupakan antara beberapa individu yang didakwa memberi rasuah kepada lapan tertuduh itu.
Nor Shahazlina pula didakwa menerima suapan berjumlah RM2,900.
Hakim Asmadi Hussain membenarkan Md. Shahrizal diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala Nor Shahazlina diikat jamin RM6,000. Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.

credit to www.kosmo.com.my

TAHUKAH ANDA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai. 

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan. 

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan. 

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?" 

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam. 

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut. 

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan. 

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan. 

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesel L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada. 

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.