I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Saturday, 2 April 2011

KHAS UNTUK SAHABAT YANG MENYAMBUT ULANGTAHUN PADA HARI INI

♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to
you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday to you ♪♫•*¨*•.¸¸♥
¸¸.•*¨*•♫♪HappyBirthday to you ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to
you♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday to you ♪♫•*¨*•.¸¸♥
¸¸.•*¨*•♫♪HappyBirthday to you ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪


kepada


  • Erra Farwiza Mat Salleh

  • Kharul Nizam

  • Mahali Jasuli

  • Manja Perlis (Mawar Berduri)

  • Mohammad Taufik Mohammad

  • Muhd Adi Fikri

  • Nik Ann Tasya

  • Nurkasih Abadi

 semoga life u all success n epi sokmo k...

Misi robek Felda United

BARISAN pemain Perak sudah bersedia menjadikan Felda United sebagai mangsa pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.


"SAYA hanya mahukan kemenangan sahaja, tiada keputusan lain."
Begitulah kehendak pengurus pasukan Perak, Khairul Izwan Harun yang disampaikan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan Liga Super dengan Felda United di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Khairul berkata, para pemain telah berjanji akan menunaikan kehendak tersebut dan berazam meraih kemenangan mutlak.
"Jika Perak masih mencatat keputusan seri, kedudukan kami dalam carta liga akan menurun kerana pencabar terdekat yang lain pasti mahu memburu tiga mata penuh," kata Khairul Izwan di Ipoh semalam.
Ketika ini, Perak berada di tangga keempat dengan mengumpul 13 mata dan masih mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.
Kelantan unggul selaku pendahulu liga dengan 17 mata diikuti Felda United dan Selangor yang berkongsi 14 mata.
Bagaimanapun, Perak gagal mengekalkan rekod bersih dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila tewas 1-3 kepada T-Team pada aksi suku akhir kedua Piala FA, 19 Mac lalu.
Kekalahan tersebut menyebabkan Perak yang pernah menjulang Piala FA pada tahun 1990 gagal mara ke separuh akhir apabila tewas dengan agregat 4-5.
Khairul Izwan mengakui, kekalahan tersebut turut menjejaskan semangat para pemain Perak dan pihak pengurusan telah mengadakan beberapa aktiviti bagi mengembalikan semangat mereka.
"Namun saya berharap semuanya akan kembali pulih selepas Perak mengadakan beberapa perlawanan persahabatan baru- baru ini," katanya.
Khairul Izwan turut membayangkan ketiadaan penyerang kontroversi, Razali Umar Kandasamy tidak menjejaskan persiapan skuad Seladang.
Razali dilapor bakal dikenakan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kerana ponteng latihan selama tiga minggu tanpa sebarang alasan.
"Perak tidak bergantung kepada seseorang pemain sahaja, sebaliknya kami turun secara berpasukan," tegas Khairul Izwan.
Pada aksi malam ini, skuad Seladang akan menurunkan barisan utama yang diketuai penyerang berpengalaman, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

credit to:www.kosmo.com.my

T-Team perkuat bahagian tengah

YUNUS (kanan) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan pasukan T-Team di Kuala Terengganu baru-baru ini.


ANDAI prestasi semasa menjadi ukuran, T-Team seharusnya tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan apabila melayan kunjungan Sabah dalam kempen Liga Super malam ini.
Kesempatan itu juga bakal digunakan jurulatih T-Team, Yunus Alif dalam misi memburu kemenangan kedua, sekali gus melonjakkan moral anak-anak buahnya daripada terus dihimpit kekecewaan.
Menurut Yunus, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu juga perlu digunakan oleh para pemain untuk mengubah kedudukan pasukan daripada terus berada dalam zon tercorot.
Dengan mengumpul lima mata, skuad T-Team itu kini menduduki tangga ke-13 liga dengan hanya berkelebihan tiga mata di hadapan Perlis selaku pasukan tercorot.
“Tidak ada lagi alasan untuk kami gagal memperoleh tiga mata kerana semua pemain sudah bersedia untuk diturunkan.
“Tambahan pula, Sabah bukanlah pasukan utama dalam Liga Super kerana pasukan itu juga hanya meraih satu kemenangan setakat ini,” katanya.
Menambahkan lagi keyakinan Yunus apabila bintang tengah pasukannya, Zairo Anuar Zailani disahkan bakal kembali dalam kesebelasan utama malam ini.
“Saya akui antara kelemahan pasukan kami adalah terlalu memberi ruang kepada pasukan lawan menguasai bahagian tengah sehingga mudah mereka menjaringkan gol.
“Justeru, kehadiran semula Zairo selepas hampir dua bulan tidak diturunkan mampu memberi suntikan baru kepada jentera tengah untuk melancarkan serangan,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Yunus juga mengharapkan sokongan moral daripada penyokong-penyokong T-Team agar terus berada di belakang pasukan itu sehingga ke akhir musim.
Malah katanya, perlawanan menentang Sabah ini bakal menjadi platform kepada anak-anak buahnya untuk kembali bangkit, sekali gus keluar dari kelompok pasukan tercorot.
“Kami bermula agak perlahan pada awal musim ini, tetapi ia tidak bermakna kami tidak boleh memberi saingan kepada pasukan lain.
“Saya percaya kombinasi pemain lama dan baru dalam pasukan ini mampu bangkit seterusnya melakar kemenangan dalam perlawanan-perlawanan lain,” tambah Yunus.

credit to:www.kosmo.com.my

Bantuan mangsa banjir tertumpu di Kangar

UMAT Islam mengharungi banjir untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Kangar semalam.


KANGAR - Operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir di Perlis kini tertumpu di sekitar bandar ini apabila jumlah penduduk yang dipindahkan terus meningkat berbanding mangsa di Padang Besar dan Arau yang kebanyakan mereka mula pulang ke rumah masing-masing sejak semalam.
Sehingga petang semalam, seramai 3,498 mangsa daripada 948 keluarga di sekitar Kangar telah ditempatkan di 20 pusat pemindahan berbanding kira-kira 2,100 penduduk kelmarin.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, jumlah keseluruhan mangsa banjir ialah seramai 4,168 orang daripada 1,121 keluarga yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan.
"Selain Kangar, pecahan mangsa di Arau ialah seramai 443 orang daripada 119 keluarga di tujuh pusat pemindahan.
"Ramai mangsa banjir di Padang Besar telah dibenarkan pulang dan ketika ini hanya 227 orang daripada 54 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.


credit to:www.kosmo.com.my

RON 97 kini RM2.70 seliter

Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.
Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

credit to:www.kosmo.com.my

Rakaman aksi seks bukan direka

ISMAIL OMAR dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah pada sidang akhbar di Pulapol, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.
Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
"Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.
"Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam.

credit to: www.kosmo.com.my
Oleh ATIKAH DALI dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my

Malek tidak henti menangis

Suasana sedih menyelubungi Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) di sini semalam apabila bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor tidak henti-henti menangis sejurus beliau sedar tengah hari semalam.
Mr. Asia sebanyak enam kali itu amat terharu apabila mendapati beliau dikelilingi beberapa orang adik-beradiknya yang datang dari Johor untuk melawat beliau sejak malam kelmarin.
Menurut adik bongsu Malek, Mohd. Salleh, 49, abang ketiganya itu mula sedar pada pukul 12.15 tengah hari selepas diberi ubat penenang bagi rawatan jantung yang dijalaninya.

credit to www.kosmo.com.my

Harimau tumbang di kaki Kijang

Pasukan Kelantan terus gah ditahta Liga Super setelah menumbangkan pasukan Harimau Muda A, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Pasukan Harimau Muda yang dibarisi pemain-pemain Olimpik negara terpaksa akur dengan kekalahan ini walaupun sudah memberi tentangan yang hebat.
b_250_200_16777215_0_http___3.bp.blogspot.com_-sBd4rJ-bxh8_TZYtU6270mI_AAAAAAAAAqM_WLGUMHwrj74_s400_01.jpg
Kesebelasan Utama Kelantan
Pasukan Kelantan terus gah ditahta Liga Super setelah menumbangkan pasukan Harimau Muda A, 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Pasukan Harimau Muda yang dibarisi pemain-pemain Olimpik negara terpaksa akur dengan kekalahan ini walaupun sudah memberi tentangan yang hebat.
Pasukan Kelantan yang turun dengan misi mengutip tiga mata penuh bagi mengukuhkan cengkaman Liga, bermula cemerlang dengan asakan bertali arus menerusi rangkaian serangan yang diketuai oleh penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang bergandingan dengan S.Chanturu. Usaha Kelantan membuahkan hasil apabila Solehin Kanasian yang membuat hantaran silang tertampan kaki pertahanan Harimau Muda A, Fadhli Shas, mengelirukan penjaga gol, sebelum bola menerjah jaring.
b_250_200_16777215_0_http___3.bp.blogspot.com_-iNlDJ3SZ6Q8_TZYtVA3eclI_AAAAAAAAAqU_SxfhLQnn29s_s400_02.jpg
Kesebelasan Utama Harimau Muda A
Harimau Muda bangkit melakukan asakan bertali arus namun banyak percubaan berjaya dinafikan oleh pertahanan Kelantan dan juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Kelantan yang bermain sedikit bertahan mendapat gol kedua menerusi S.Chanturu yang berjaya melepasi perangkap "offside" sebelum menewaskan penjaga gol Harimau Muda A.
Kelantan yang selesa di depan 2-0 hasil gol awal sedikit memperlahankan tempo permaianan. Kealpaan pertahanan Kelantan pada minit-minit akhir separuh masa pertama akhirnya membawa padah, apabila Irfan Fazail bijak menyempurnakan peluang terhidang untuk merapatkan kedudukan 2-1. Separuh masa pertama berakhir dengan 2-1.
Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling melancarkan ke kubu lawan namun tiada gol terhasil. S.Chanturu memiliki sekurang-kurangnya dua peluang terhidang namun gagal disempurnakan dengan baik. Di minit-minit akhir perlawanan, Harimau Muda A mengasak Kelantan dengan asakan bertali arus, namun gagal membuahkan hasil. Keputusan penuh perlawanan, Kelantan menang 2-1.
b_250_200_16777215_0_http___1.bp.blogspot.com_-Q57JNSyXoHk_TZYtUuHqyNI_AAAAAAAAAqE_T5RIPO6KAz0_s400_02.jpg
Ultras Kelantan - The Red Mania
 
 
credit to:www.wawanfaiz.com

KEMENANGAN MEYAKINKAN, PERLAWANAN MENDEBARKAN

Tiada apa yang lebih mengembirakan selain dapat melihat pasukan ini kembali mendapat rentak yang terbaik. Turun sebagai pendahulu liga yang sedang dihambat pencabar-pencabarnya, menghadapi rehat yang sedikit panjang nampaknya tidak sedikitpun merencatkan tempoThe Red Warriors'. Pastinya tahniah buat The 12th Warrior yang masih sanggup memenuhi segenab ruang SSMlV, yang sememangnya mustahil akan belaku pada venue-venue lain Liga M apatah lagi sekiranya ada live disajikan pihak Astro dan dalam keadaan cuaca hujan berpanjangan. permainan dan juga memberikan sebarang tekanan buat team '
Perlawanan bermula dengan baik dengan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati, possesion bola yang sekata menhadiahkan mutu perlawanan terbaik dengan kedua-dua pasukan cuba mencari gol awal untuk mendapatkan rentak dan kelebihan. Nyata kemahiran berasaskan pengalaman mengatasi segalanya. Pada minit ke 10, dengan tidak semena-mena lorongan panjang Zairul 'Roypi' Fitree telah singgah tepat ke kaki Solehin yang bijak membaca jerat yang cuba dipasang oleh barisan pertahanan Harimau Muda, beliau melepaskan satu rembatan kencang yang telah terbias, tertampang kaki salah seorang pertahanan Harimau Muda dan menewaskan penjaga gol Zamir Selamat. Kelantan 1 Harimau Muda 0.
Nurul Azwan 'Awe' Roya sekali lagi berjaya menggamatkan penyokong-penyokong Kelantan apabila try jarak jauhnya hampir-hampir menghadiahkan gol kedua untuk pasukan Kelantan. Rembatan derasnya itu hanya singgah menggegarkan palang gol Harimau Muda. Bagaimanapun gol kedua buat Kelantan muncul jua, sekali lagi barisan pertahanan Harimau Muda yang dipimpin oleh pertahanan negara Mahali Jasuli terhukum oleh kealpaan mereka, Chanturu dengan bijak menghidu dan menghukum kesilapan mereka dalam melakukan clearence, menyambar bola dan menewaskan penjaga gol. Mendahulu 2-0 benar-benar menghilangkan segala keresahan penyokong.
Pujian juga harus diberi kepada team kendalian Ong Kim Swee ini, tidak mudah mengalah dan full of energy merupakan intipati mereka. Hasilnya pada minit ke 43 pemain kelahiran Kelantan mereka, Wan Zaharul Nizam a.k.a Pok Chek telah berjaya melorongkan satu bola yang cukup cantik untuk disudahkan dengan baik oleh Irfan Fazail. Gol ini jelas direncanakan dengan baik, menghidu lack of fokus pemain pertahanan kita pada saat akhir separuh masa. Akhirnya perlawanan separuh masa tamat dengan kedudukan 2-1.
b_250_200_16777215_0___images_stories_rimau1.gif
Pada separuh masa kedua, kelihatan Harimau Muda sudah mula menjumpai rentak permainan dan berjaya menyaingi pasukan 'The Red warriors' dengan melipat gandakan asakan demi asakan ke kubu Kelantan, pujian harus diberikan buat Roypi, Farisham, Subra dan Rizal 'Makalele' Fahmi yang berjaya menyerap segala serangan berbahaya penyerang Harimau Muda yang telah diberikan nafas baru di separuh masa kedua. Jelas kemasukan Izzat Farris dan Wan Zack Haikal bukan hanya berjaya mengekalkan tempo serangan Harimau Muda, bahkan menambahkan rentak melawan meraka. Kelantan juga membuat pertukaran dengan mengeluarkan Piya dan memasukkan Khairan Ezuan. Jelas Kelantan cuba menyerap tekanan serangan dari Harimau Muda. Kemasukan Aziz 'MAT' Ismail menggantikan Azwan Roya dilihat sebagai percaturan Dato' coach mencuba pemain baru dalam competative match. Ini juga dapat memberi peluang rehat yang cukup untuk mengekalkan tahap fitness dan mengelakkan kecederaan playmaker yang sedang meningkat naik ini. Akhir-akhir babak perlawanan, tuan rumah hampir-hampir berputih mata untuk meraih tiga mata penuh apabila Wan Zack Haikal, seorang lagi pemain Harimau Muda kelahiran Kelantan melakukakan rembatan deras yang pasti gagal diselamatkan Apex, bagaimanapun cubaannya itu tersasar.
Mengulas tentang corak taktikal semalam, Kelantan lebih banyak bermain dengan long pass, ini jelas untuk menyaingi kelincahan dan kecergasan pemain muda negara. Menggunakan kepantasan Chanturu dan Solehin untuk menjadi duri dalam daging di end thirdmidlle third jelas mengucar-ngacirkan dan menutup terus ruang untuk Mahali Jasuli membantu jentera serangan. Ini memberikan peluang cerah untuk Kelantan memungut 3 mata penuh. Cuma alangkah lebih indah kemenangan semalam sekiranya dua cubaan satu sama satu Chaturu dan cubaan lewat dari Mat Yo berjaya menerejah gawang. Apapun tahniah untuk semua, satu lagi mutu perlawanan yang harus dibanggakan. kawasan lawan dan Mat Yo di tugaskan di kawasan ..

credit to .www.theredwarriors.com

KELANTAN--- 2 vs HARIMAU MUDA A ----1

Kedah tekad kekal aksi mantap benam Kuala Lumpur

BARISAN pemain Kedah mahu memastikan terus cemerlang apabila berdepan Kuala Lumpur di Stadium KLFA Cheras dalam saingan Liga Super, malam ini. 

Selepas mengatasi Terengganu dalam perlawanan liga lalu dan semangat pemain masih membara dengan kemenangan itu, ketua jurulatih Radhi Mat Din yang mengambil alih tugas daripada Ahmad Yusoff yang direhatkan, mahu memastikan pulang dengan tiga mata penuh.

“Pemain mula yakin dengan diri sendiri dan semangat di dalam pasukan ketika ini tinggi sejak kami meraih kemenangan kedua musim ini mengatasi pasukan tangga ketiga Terengganu.“Saya sudah bersemuka dengan pemain dan mereka sedar pertemuan dengan Kuala Lumpur esok (malam ini) adalah titik peralihan untuk kami terus meningkatkan kedudukan dalam carta liga selepas tercicir agak jauh di belakang pasukan kelompok atas. 

“Saya yakin kami mampu mengatasi lawan esok (malam ini) berdasarkan kehadiran semula beberapa tonggak utama seperti Azlan Ismail, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Amar Rohidan,” kata Radhi. 

Rehat dua minggu memberikan peluang kepada barisan pemain menilai semula prestasi dan mengenal pasti kelemahan yang mengakibatkan Kedah berputih mata pada beberapa perlawanan yang sepatutnya menang. 

“Barisan serangan yang diketuai Azlan dengan Baddrol (Bakhtiar), Khyril dan Faizal Abu Bakar harus menyempurnakan setiap peluang yang terhidang,” kata Radhi. 

credit by:Info Sukan Malaysia

Jadual perlawanan liga super malam ini :-

Negeri sembilan vs terengganu
Perak vs Felda united(LIVE ASTRO 801) Jam 8.30 malam
T-Team vs Sabah 
Selangor vs Pahang
Perlis vs Johorfc
Kuala Lumpur vs Kedah

Isu Misbun: Jangan pula timbul polemik

AKHIRNYA Datuk Misbun Sidek bersuara. Jurulatih kepada pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei itu menarik balik keputusannya meletak jawatan pada 1 Disember lalu.
Keputusan tersebut diumumkan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh pada mesyuarat majlis badan induk badminton negara di sini, semalam.
Terima kasih Misbun kerana meneruskan khidmat bersama BAM. Paling utama membimbing Chong Wei untuk merealisasikan impian emas Olimpik di London pada Julai 2012.
Namun sama ada Misbun akan kembali secara rasmi ke pangkuan BAM akan ditentukan selepas BAM menyerahkan terma-terma di bawah kontrak baru kepada Misbun tidak lama lagi.
Sama ada Misbun akan terus menjadi jurulatih Chong Wei, atau diberikan tugasan lain, segala-galanya masih terbuka, itu kata Nadzmi pada sidang akhbar selepas mesyuarat majlis semalam.
Jadi, apa juga kemungkinan tugas baru Misbun di BAM, masih lagi menjadi persoalan dan pelbagai kemungkinan tetap ada.
Cuma jika BAM ikhlas mahukan semula khidmat Misbun, terma-terma kontrak baru tersebut biarlah berbalik kepada tugasan hakiki Misbun seperti sebelum ini.
Andai kata BAM tampil dengan kontrak baru yang memuaskan hati semua pihak terutama Misbun, maka berakhirlah segala kemelut selama tiga bulan.
Lupakan segala sengketa. Buang jauh-jauh apa yang sudah berlaku dan paling penting jangan pula timbul polemik lain ekoran keputusan Misbun.
Ini kerana ketika kemuncak sikap membisu Misbun dalam memberikan kata putus mengenai kedudukan beliau, ia mencetuskan pelbagai reaksi.
Bagi yang mahu kes beliau diselesaikan dengan cara berlembut iaitu memberi masa untuk Misbun berfikir, pasti lega dengan keputusan semalam.
Namun ada juga pihak yang menggesa supaya isu Misbun diselesaikan dengan cara yang 'keras' iaitu melupakan sahaja khidmat Misbun.
Kini mereka harus menerima kehadiran Misbun dalam BAM. Jangan pula menempelak Misbun andai Chong Wei gagal meneruskan rentetan kejayaan pemain No. 1 dunia itu yang memenangi tiga kejuaraan termasuk All England sepanjang ketiadaan mentornya itu.
Satu perkara yang bakal diharungi Misbun ialah suasana yang tidak lagi selesa seperti mana sebelum beliau meletak jawatan.
Ini ekoran daripada pelbagai desakan, tanggapan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak sepanjang isu ini meletus.
Mungkin akan ada suara-suara di sekeliling Misbun yang akan terus 'cakap belakang' walaupun Misbun sudah kembali.
Inilah cabaran yang menanti Misbun, andai dia menerima kontrak baru BAM kelak.

credit by:Info Sukan Malaysia

3,604 mangsa banjir masih di pusat pemindahan Perlis

Sebanyak 3,604 mangsa banjir di Perlis masih berada di pusat-pusat pemindahan sehingga pagi ini berbanding lebih 4,000 orang malam semalam.

NONEJurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata kebanyakan mangsa adalah daripada kawasan Kangar membabitkan 2,955 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Sebanyak 590 mangsa adalah daripada kawasan Arau yang ditempatkan di lima pusat pemindahan manakala di kawasan Padang Besar jumlah mangsa hanya 59 orang yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Setakat ini lebih 1,000 mangsa telah dibenarkan pulang dan hampir 20 pusat pemindahan telah ditutup.

credit by:www.malaysiakini.conm and Bernama

Antara Umno-PERKASA dan Arman-Hang Nadim

Peletakan jawatan Arman Azha Abu Hanifah sebagai Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Isnin lalu boleh dilihat daripada pelbagai sudut.

NONEAda yang mengaitkannya dengan pergeseran dalaman NGO Melayu itu dan juga perbezaan pendapat dan ideologi di kalangan pemimpinnya serta juga kegagalan mendapatkan projek. Tetapi yang paling menarik, ada yang mengatakan ia ada kena mengena dengan pilihan raya umum yang akan datang.

Ini mengingatkan kira kepada kisah Hang Nadim yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Menurut kisahnya, Hang Nadim, anak muda yang menyelamatkan Temasik daripada serangan todak tetapi akhirnya dihukum bunuh oleh sultan.

'Dosa' Hang Nadim cuma satu, beliau berakal geliga walaupun masih kecil. Ketika orang ramai menahan serangan todak dengan betis sendiri, Hang Nadim mencadangkan digunakan batang pisang.

Kebijaksanaan ini yang merunsingkan sultan. Kelebihan itu dikhuatiri digunakan Hang Nadim untuk menggulingkan baginda pada suatu hari nanti.

namewee photo burnt by perkasa members 2Cerita popular itu, walaupun dianggap mitos, boleh dibandingkan dengan analisis beberapa pemimpin Pakatan Rakyat terhadap kedudukan PERKASA dalam politik Malaysia.

Menarik untuk dinilai masa depan NGO yang dalam umur baru tiga tahun didaftarkan, sudah mendapat perhatian meluas dalam arena politik negara ini.

Menurut analis itu, pengunduran Arman dilihat sebagai satu tanda bahawa peranan pertubuhan itu sudah cukup dan kini harus perlahan-lahan menjadi low profile. Dalam bahasa Sejarah Melayu, perkara inilah yang disebut sebagai pembunuhan Hang Nadim.
1Malaysia

Analisis itu juga dibuat dengan menjangkakan PERKASA mempunyai hubungan amat rapat dengan Umno. NGO itu didakwa melaksanakan kerja-kerja berbentuk 'perkauman' yang tidak boleh dilakukan atas nama Umno yang kini bersungguh-sungguh mahu menambat kembali hati bukan Melayu melalui konsep 1Malaysia.

perkasa first agm 270310 kerisCakap-cakap itu antaranya mendakwa, Umno sebagai tulang belakang BN kini sudah pulih dan keadaan terbaik untuk menebus luka akibat kehilangan empat negeri dpada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Ini berdasarkan beberapa perkembangan. Antaranya, tinjauan badan penyelidik Merdeka Center bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang genap setahun menerajui negara kini amat popular. Seramai 68 peratus rakyat Malaysia dikatakan puas hati dengan prestasinya.

Justeru, sumber-sumber mendakwa, terdapat usaha melemahkan PERKASA, antaranya dengan 'mengambil' seorang demi seorang pemimpin popular pertubuhan itu, termasuk Arman dan Ketua Wirawatinya Raihan Sulaiman Palestine.

Raihan dilaporkan meninggalkan PERKASA sebulan lebih awal tetapi memilih tidak mengumumkannya di media.

NONEPeletakan jawatan kedua-dua pemimpin lantang itu turut dikaitkan dengan ikrar Najib bahawa BN akan meletakkan calon yang berupaya menang.

Perkara itu turut ditegaskan lagi semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang pilihan raya Sarawak pada 16 April ini.

Ia juga nampaknya bukan sekadar kata-kata apabila 25 peratus calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - tulang belakang BN di Sarawak - digantikan dengan calon muka baru.

Di Semenanjung, masalahnya, banyak pemimpin PERKASA kini didakwa lebih popular daripada pemimpin Umno sendiri. Maka, peluang mereka untuk naik dalam NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu juga dikatakan lebih mudah daripada menggunakan saluran parti.
Dianggap ekstrim, perkauman

Bagaimanapun, realitinya, tokoh-tokoh itu dilihat mustahil dibenarkan bertanding selagi dikaitkan dengan PERKASA - pertubuhan yang dianggap ekstrim dan perkauman, terutamanya oleh masyarakat Cina dan India.

NONEDilema ini boleh difahami berdasarkan komen setiausaha agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali pada Isnin lalu, ketika Arman dengan rasminya mengumumkan meletakkan jawatannya.

"Adalah sukar bila beliau (Arman) berceramah di platform Pemuda Umno kerana pihak-pihak lain akan anggap suaranya sebagai suara PERKASA.

"Begitu juga jika beliau di ceramah-ceramah PERKASA, pihak-pihak tertentu akan kaitkan dengan suara Umno," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan.

Menurut sumber-sumber Umno pula, Arman kini digosipkan sedang mengintai kerusi Taman Medan dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang dirampas PKR pada pilihan raya umum 2008 lalu.

pkr weekly pc 260707 haniza talhaBagi mencabar penyandangnya, Haniza Talha (kiri) yang juga timbalan speaker Selangor bukanlah kerja mudah. Tambahan lagi, DUN itu merupakan kawasan campuran dengan peratusan pengundi bukan Melayu juga agak tinggi.

Justeru, tambah sumber-sumber, Arman perlu keluar daripada kepompong PERKASA dan aktif bersama Umno Petaling Jaya Utara yang mana beliau juga merupakan ketua Pemuda di bahagian itu.

Malah, sambil bergurau, sumber-sumber mendakwa, hasrat dan cita-cita Arman itu tidak boleh disembunyikan lagi apabila beliau pernah meletakkan perkataan "YB" di pangkal namanya di laman sosial tidak berapa lama dahulu.

Taman Medan merupakan kawasan campuran dengan Melayu sebanyak 60.9 peratus, Cina (21.7 peratus), India (16.3) dan kaum lain sebanyak 1.1 peratus daripada keseluruhan 40,009 pengundi. Pada 2008, Haniza mengalahkan calon BN Munaliza Hamzah dengan majoriti 4,433 undi.
Ketuanan Melayu

Justeru, mampukah BN memujuk masyarakat Cina dan India bagi menyokong calon Umno berketurunan PERKASA yang secara terangan memperjuangkan ketuanan Melayu itu?

perkasa first agm 270310 crowdSementara itu, melihat kepada sejarah kelahiran PERKASA yang didaftarkan pada 12 September 2008 - enam bulan selepas BN pertama kali hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen - NGO itu dianggap sebagai platform baru kepada anggota Umno yang terpinggir sebelum ini.

Walaupun bersama PERKASA, mereka ini kebanyakannya masih ahli parti Melayu itu dan setia menunggu peluang masing-masing. Penglibatan mereka ternyata berjaya menumpang populariti mendadak yang diraih pertubuhan itu.

Memandangkan masa dianggap sudah suntuk, dijangka ramai lagi yang akan menuruti jejak langkah Arman bagi kembali aktif di pentas Umno, sekali gus mengintai kerusi pada pilihan raya nanti.

perkasa newspaperIni dikira jalan pintas berbanding penglibatan melalui cara konvensional di mana dalam parti dengan keanggotaan 3 juta orang itu, peluang untuk menonjol dilihat amat sukar, sehingga perebutan ketua cawangan sahaja memerlukan tenaga dan wang ringgit yang banyak.

Persoalannnya, jika perkara ini bebar-benar berlaku, bagaimanakah masa depan PERKASA selepas ini, terutamanya apabila selesainya pilihan raya umum yang menurut vsesetengah penganalisis dijangka berlangsung tahun ini?
Terus jadi kaya

Sementara itu, daripada aspek dalaman pula, bak kata pepatah, 'rumah siap pahat berbunyi', pemerhati politik berpendapat masih terdapat sesuatu yang tidak kena pada NGO itu apabila disorot secara lebih dekat.

Walaupun Arman tegas menafikan pengundurannya berkaitan dengan masalah dalaman dan kegagalan mendapatkan projek pada Isnin lalu, kenyataan itu tidak selari dengan 'isyarat' daripada Raihan baru-baru ini.

NONEKelmarin, berdasarkan rakaman di laman Youtube, apa yang seolah-olah terbuku di hati Raihan mula tergambar sedikit demi sedikit apabila diminta mengulas mengenai peletakan jawatannya.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri forum ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, walaupun dilaporkan mendakwa peletakan jawatannya atas sebab peribadi, Raihan mula bercakap tentang pihak yang "menggunakan" PERKASA untuk tujuan tertentu.

"Kalau masuk PERKASA terus jadi kaya, (ini) nampak hodoh," katanya sambil menceritakan pengalaman sukarnya mendapat pekerjaan apabila menjadi anggota NGO Melayu itu.

NONETanpa menyebut nama secara khusus, Raihan juga menceritakan pengorbanan anggota bawahan NGO itu yang memperjuangkan nasib Melayu secara sukarela dengan berkorban masa dan wang ringgit.

Dengan segala spekulasi dan tanda tanya berhubung situasi dan masa depan PERKASA, mungkin rombakan yang akan dilakukannya dalam masa terdekat ini mampu memberi isyarat tertentu yang bakal mencerahkan kita semua.

Jawapannya masih pada presidennya Datuk Ibrahim Ali (atas, kiri).


credit by :www.malaysiakini.com

Video seks: Ketua Polis Negara tidak faham

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.
NONEMalah Ismail (kiri) membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.
Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.
Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?
Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.
Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.
Kunci segala-galanya
Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.
azlanNamun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.
Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.
Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan.
Mereka yang dimaksudkan adalah:
  • Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.
  • Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu
  • Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.
NONESelang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.
Berjumpa Perdana Menteri
Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac.
Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.
NONESelang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!
Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu. 

credit by:www.malaysiakini.com

NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah

Pelbagai pihak tampil mendesak polis tidak bertindak berat sebelah dalam kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan 'ketulenan' klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapa individu yang dirakamkan itu.

NONETV Selangor memetik Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik.

“Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga perlaku itu yang dikenali sebagai Datuk T ini.

"Mereka menayangkan bahan berbentuk lucah yang dalam definisi kesalahan jenayah dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Laporan polis itu menjurus kepada perlakuan jenayah yang dilakukan mereka. Jadi tidak timbul video ini menimbulkan keraguan atau tidak," kata Shamsul.

Menurut beliau, PKR telah menawarkan puluhan rekod tetapi tidak diendahkan oleh polis.

NONE“Puluhan rekod polis ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak penting kepada pihak polis. Ini jelas memperlihatkan adanya 'double standard' atau unsur pendakwaan terpilih di dalam kes seperti ini," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) mahu pihak polis perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terlibat.

Presidennya, Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata ketua polis negara telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

bumiputera economic congress 290510 presiden pppmm prof dr kamarudin kachar"Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z.

"Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar yang turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.




credit by:  www.malaysiakini.com                         

Kelantan kekal ungguli takhta Liga Super

Pendahulu Liga Super Kelantan mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menewaskan Harimau Muda A pada pertemuan yang  berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu.
Hasil kemenangan ini, skuad Red Warriors mengutip 17 mata secara keseluruhan di dalam lapan perlawanan serta memiliki kelebihan tiga mata dihadapan pencabar   terdekat Felda United dan Selangor.
Skuad anak didik Datuk M. Karathu mengawal rentak dan corak permainan kemas untuk untuk sekaligus membawa kegembiraan buat penyokong setia tuan rumah.
Dua gol The Red Warriors dijaringkan oleh Solihin Kanasian pada minit ke-10 dan S. Chanturu (min-24) sementara gol tunggal Harimau Muda A dijaringkan oleh   Mohd Irfan Fazail pada minit ke-47.
Manakala di dalam aksi Liga Perdana yang baru sahaja berehat dua minggu menyaksikan Selangor PKNS masih utuh mempertahankan kedudukan di tangga teratas   apabila menang 2-1 ke atas Johor di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Baharu malam ini.
Keputusan itu membolehkan Selangor PKNS menambah tiga mata untuk mengutip 19 mata keseluruhan selepas tujuh perlawanan setakat ini.
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula melonjak ke tangga kedua liga selepas menang 2-1 ke atas pasukan tercorot Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan,  memusnahkan impian pasukan itu mencari kemenangan sulung musim ini.
Di NEGERI SEMBILAN, pasukan Sarawak berpesta jaringan apabila membelasah tuan rumah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 pada pertemuan di Stadium Tuanku Abdul  Rahman, Paroi.
Di PETALING JAYA, pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Sime Darby memperoleh kemenangan ketiganya setelah menewaskan sebuah kelab dari Pulau Pinang, SDM Navy 2-0  pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Di SELAYANG, sebuah lagi pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Pos Malaysia pula mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri apabila seri 1-1 menentang  pasukan kelab dari Johor, Majlis Perbandaran (MP) Muar pada pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

credit:Info Sukan Malaysia

KIJANG TERLEPAS NGAUMAN HARIMAU

Pendahulu LIGA SUPER 2011, Kelantan berjaya memungut 3 mata setelah membenam cabaran Harimau Muda A ( Skuad Kebangsaan Bawah 23 tahun ) dengan keputusan 2 – 1.
Kelantan membuka tirai jaringan menerusi Solehin hasil hantaran cantik dari Zairol Fitree Ishak pada minit ke 7″ untuk menggembirakan lebih kurang 10 ribu penyokong pasukan Kelantan.
Kelantan sekali lagi menambah jaringan pada minit ke 25″ hasil dari kesilapan pertahanan Harimau Muda A menerusi S. Chanturu.Pasukan Harimau Muda A berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 44″ hasil dari rembatan dalam kotak penalti oleh ?Irfan Fazail.
Bersambung babak kedua, Dato” M. Karathu mengeluarkan Kapten Kelantan iaitu Badhri Radzi dan memasukkan pemain yang cemerlang dalam Piala Emas Raja Raja 2010 iaitu khairan ezuan razali namun gagal memberi impak yang berkesan buat pasukan Kelantan.
Dato’ M. Karathu sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan pemain sayap lincah Nurul Azwan Roya dengan memasukkan Abdul Aziz Ismail dan juga gagal memberi kesan buat pasukan Kelantan malah Kelantan di lihat terus di asak bertubi tubi oleh pasukan Harimau Muda A namun dengan kemantapan pertahanan kelantan dan penjaga gol lincah khairul fahmi membuatkan pasukan Harimau Muda A gagal menjaringkan gol penyamaan untuk sekurang kurangnya memungut 1 mata untuk di bawa pulang.
S. Chanturu pula mempunyai sekurang kurang nya 2 peluang untuk menjaringkan gol namun sepakan lemah dan liar gagal menemui jaringan.Tamat perlawanan menyaksikan Kelantan membenam Harimau Muda A dengan jaringan 2 – 1.
Admin : M.Karathu mungkin ingin mencuba pemain baru seperti khairan ezuan dan abdul aziz ismail namun ianya membuatkan penyokong Kelantan berdebar kerana kedua dua pemain itu kurang pengalaman dalam perlawanan besar seperti ini.Namun jika Kelantan mendahului dengan jaringan besar seperti 4-1 atau 5-1 baru lah jurulatih sesebuah pasukan boleh mencuba pemain yang baru dan kurang berpengalaman untuk beraksi.
Permainan Kelantan juga agak kurang memuaskan mungkin juga kerana rehat panjang selama 2 minggu menjejaskan rentak permainan pasukan kelantan.

credit:KELANTAN FM.COM

Analisa : Kelantan 2-1 Harimau Muda, Pertahanan Harimau Pincang Tanpa Muslim, Kelantan Menang Di Sebalik Aksi Kurang Menyengat

Pening kepala Ong Kim Swee, melihat aksi longlai dan kurang meyakinkan barisan pertahanannya, menjadi punca utama kekalahan 1-2 kepada tuan rumah, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Keempat, Kota Bharu, sebentar tadi.

Selepas bola rembatan Solehin Kanasian yang membias kaki Fadhli Shas masuk ke dalam gawang sendiri kawalan Zamir Selamat, Kim Swee menyaksikan betapa kesilapan mudah pertahanan tengah, Ameer Saidin dihukum sebaiknya pemain diberi jolokan ‘Kelantan Ekspress’, S.Chanturu untuk gol kedua Kelantan yang seterusnya kekal sebagai gol pemisah antara kedua pasukan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Malah, Kim Swee akui beliau menarik nafas lega apabila kesilapan demi kesilapan, atau lebih tepat kesilapan berulang di benteng terakhir yang turut membabitkan ‘mis-communication’ antara Zamir, Fadhli dan Ameer tidak membawa kepada tambahan jaringan kepada Sang Kijang.

Nyata ketiadaan pertahanan serba boleh Muslim Ahmad yang tersisih akibat kecederaan begitu dirasai Kim Swee, namun beliau tidak seharusnya menyalahkan benteng pertahanan semata-mata tatkala mereka turut mensesiakan beberapa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan di penghujung permainan, selepas Irfan Fazail merapatkan jurang pada minit terakhir babak pertama.

Di kem Kelantan, mereka pastinya meratapi kegagalan barisan hadapan diterajui Norshahrul Idlan dan Chanturu menyempurnakan deretan peluang terhidang selepas selesa mendahului 2-0 selepas hanya 25 minit permainan. 

Jurulatih The Red Warriors, Dato’ M.Karathu menegaskan menang besar atau menang tipis, yang penting adalah 3 mata yang diraih, meskipun beliau mengakui Chanturu terutamanya boleh meledak hatrik dan Kelantan bernasib baik dapat mencatat kemenangan seterusnya mengukuhkan cengkaman di tangga teratas, dengan 17 mata.
 
credit:SUARA SUKAN ANDA(CESC AIMAN)