I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Sunday, 15 May 2011

KOLEKSI VIDEO 5-1

Satu malapetaka - Devan


PEMAIN Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diraikan rakan sepasukan, Mohd. Badri Mohd. Radzi (dua dari kiri) dan Khalid Jamlus selepas menjaringkan gol kelima di Stadium Shah Alam kelmarin.


"KEKALAHAN teruk ini boleh dianggap satu malapetaka buat Selangor. Inilah kekalahan terbesar yang pernah kami alami. Saya memang tak sangka."
Demikian jelas jurulatih Selangor, K. Devan ketika ditemui selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin yang menyaksikan Selangor dibelasah 1-5 oleh Kelantan.
Tanpa mahu mengaitkan ia dipengaruhi unsur rasuah atau jual perlawanan, Devan berkata, punca sebenar adalah kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol, Saiful Amar Sudar serta barisan pertahanan diketuai Yosri Derma Raju dan Bunyamin Umar.
"Apabila sudah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, susah untuk kami bangkit pada babak kedua. Semua pemain sudah tidak termotivasi lagi. Malah ada yang minta ditukarkan ketika di bilik persalinan.
"Dalam peringkat separuh akhir, pemain tak sepatutnya melakukan kesilapan. Lihat Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol Kelantan) bola keluar pun dia selamatkan. Saiful Amar pula jelas gugup," ujar Devan.
Lantas Iqbal Suhaimi yang dimasukkan pada minit ke-74 selepas gawang Selangor bolos sebanyak lima kali dijangka akan kembali merampas posisi penjaga gol utama pada aksi separuh akhir kedua di Kota Bharu malam esok.
Ditanya adakah mental para pemain Selangor begitu lemah sehingga mudah dipermainkan pemain-pemain Kelantan, Devan hanya berkata: "Apabila sudah dibolosi banyak gol, pemain jadi putus asa."
Devan bagaimanapun tetap mahu anak-anak buahnya memberikan yang terbaik malam esok biarpun sedar hanya kemenangan sekurang-kurangnya 5-0 mampu membawa Selangor layak ke final Piala FA pada 11 Jun depan.
"Memang satu tugas sukar. Tapi kami tetap perlu hadapi perlawanan kedua ini biarpun terus akan turun tanpa Khairul Anuar Baharum dan Razman Roslan yang cedera panjang.
"Kalau boleh, saya cuba untuk rehatkan beberapa pemain kerana kita kini perlu beri fokus untuk baki saingan Liga Super pula," tambah Devan. -Kosmo

Devan Terkejut, Salahkan Penjaga Gol Punca Kekalahan Terbesar

'Sorry saya tak boleh komen, lain kali jer (berjalan menuju ke bilik persalinan)..saya takde suara, suara tak keluar macam mana nak komen..'' reaksi awal jurulatih Selangor, K.Devan, dengan suara yang antara 'dengar tak dengar' sambil berlalu meninggalkan kumpulan wartawan yang menunggu untuk mendapatkan penjelasannya tentang kekalahan besar 1-5 di tangan Kelantan.

Sekali dengar seolah mencari alasan lapuk untuk mengelak media, rupanya memang benar Devan hilang suara gara-gara aksi buruk pemainnya yang menyumbang kepada kekalahan terbesar Gergasi Merah Kuning dalam tempoh 3 tahun.


Penulis (Kanan), K.Devan
Beliau yang kemudiannya muncul semula untuk ditemuramah sebagai menghormati permintaan wartawan, antaranya Fina (Arena), Fakhrul (Kosmo) dan penulis sendiri, mengakui terkejut, dan kecewa malah langsung tidak menyangka barisan pemainnya akan tewas dengan keputusan memalukan sedemikian rupa.

Devan enggan mencari alasan seperti letih atau jadual padat sebagai alasan menutup kekalahan ini, sebaliknya akur ia 100% berpunca daripada kesilapan-kesilapan mudah pemainnya, terutama penjaga gol, Saiful Amar Sudar yang dilihat hilang punca sepanjang 75 minit permainan, sebelum digantikan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi.

"Penjaga gol tak tahu nak buat apa, free kick kena palang dia tengok jer, terkial-kial, 3 daripada 5 gol adalah totally mistake dia, communication failure, defend slow, lambat keluarkan bola, bagi terlalu banyak ruang kat pemain Kelantan, bila masukkan Iqbal dia main baik. we have to admit it, saya rasa mungkin sebab first time crowd ramai jadi ada yang gugup tapi it's a mistake.."

Kelantan raikan gol ke-5
"Kelantan manfaatkan setiap peluang, mereka main laju, dan hari ini pemain saya gagal tandingi mereka, saya sendiri tak pasti jika kita boleh terbalikkan keputusan di Kota Bharu, ia susah, sangat susah, tapi yang pasti saya akan bawa player saya arahkan mereka buat yang terbaik, cuba nasib kita, tidak boleh cakap lebih daripada itu, hanya minta mereka lakukan yang terbaik..", jelasnya dengan suara yang hampir tidak keluar gara-gara tidak henti bersuara sepanjang permainan.

Kali terakhir Selangor tewas dengan bolos 5 gol, adalah 2-5, juga kepada Kelantan pada 2008 dalam aksi Piala Malaysia di Kota Bharu.




credit by


http://suarasukan1mas.blogspot.com

Khairul Fahmi Frust Rekod Lebur Di Tangan Amri

Hanya seminit sahaja memisahkan penjaga gol sensasi Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dari melebarkan rekod clean sheetnya kepada tujuh perlawanan berturut-turut, sebelum rembatan kencang jarak jauh kapten Selangor, Amri Yahyah, mengegar gawang kawalannya, ketika Kelantan gah merekodkan kemenangan besar 5-1 ke atas Selangor, di Stadium Shah Alam malam tadi.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu nyata tidak dapat menyembunyikan kemarahannya, apabila dilihat bertekak dengan rakan sepasukannya, S.Subramaniam sejurus selepas gol tersebut, meskipun ia tidak lebih dari gol saguhati untuk pasukan tuan rumah.

Ketika ditemui penulis bersama tiga rakan wartawan (Devinder Singh, Wan Fakhrul, Azlan Md Zain – mereka ni saksi ;) )di luar stadium, Khairul Fahmi berkata bukan rekod yang mahu dikejarnya, tetapi memandangkan setiap satu gol itu mungkin membawa kepada kesan besar pada aksi timbal balik, menyebabkannya naik marah, apatah lagi perlawanan ketika itu sudahpun memasuki masa kecederaan.

Meskipun bolos kepada jaringan Amri, Khairul Fahmi sebenarnya berjaya mempertahankan gawangnya daripada dibolosi untuk 89 minit, bermakna secara keseluruhannya bertahan selama 706 minit (meskipun gol Amri hadir pada minit 90+2, ia tetap dikira sebagai gol minit ke-90).

Ini pula komen Datuk M.Karathu : “U sendiri dapat tengok macam mana dia marah bila lepas satu gol last minit kan? Ini yang kita mahu, kita mahu player kita tidak cepat berpuas hati, kita tak nak mendahului selesa then main sambil lewa, menang besar pun bila bolos 1 gol tengokla macam mana dia (khairul fahmi) react..”.

Apapun, bagi aksi timbal balik di Kota Bharu 16 Mei nanti, Khairul Fahmi bakal kehilangan khidmat dua rakan di barisan pertahanan, iaitu Farisham Ismail dan Zairul Fitri (dua kad kuning), namun boleh menarik nafas lega, dengan kembalinya Rizal Fahmi Rosid. Beliau sendiri perlu berhati-hati kerana sudah mengutip 1 kad kuning, sebarang kesilapan bakal menyaksikannya terlepas aksi final, andai Kelantan mara.
 
credit by 
http://suarasukan1mas.blogspot.com