Di Hasilkan Pada 31/3/2011 Oleh Mark Liey Bertujuan Untuk Share Story2 Tentang DUNIA MASA KINI n Tentang Life Mark Liey Sendiri.. klu ade masa free add me okey... Add my FACEBOOK..md_zul@yahoo.com Add my TWITTER...md_zul@yahoo.com, Add my iMeSH.....md_zul2yahoo.com, Add my Ym........md_zul@yahoo.com, Add my SKYPE.....markliey86, Add my TAGGED....mark.liey@yahoo.com,
Tuesday, 5 April 2011
Keputusan Separuh Masa (1st half)
T-Team 2 - 0 Kelantan
minit 29' Zairo Anuar Zailani
minit 45+1' Norfarhan
Venue Lain :
Harimau Muda 1-0 Selangor
N.Sembilan 0-1 K Lumpur
Kedah 0-2 Johor FC
Perak 0-1 Perak
siottt punyer bapak!!!!!!
siot pnye bpakkk!!
by Siti Pairus on Tuesday, April 5, 2011 at 11:00am
Pada suatu hari, seorang Ayah memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la... Ayah : Milah, mai sini sat. Ayah nak tunjuk sesuatu ni. Milah : Ya Ayah, ada apa? Ayah : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap. Milah : Apa???!!! (isk? Ayah aku ni? lain macam jerr) Ayah : Dengar tak Ayah kata..... Milah : Ya Ayah, Milah dengar... cuma Milah tak percaya apa yang Ayah kata ni. Ayah : Betulll. Ayah suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Milah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang Ayah dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la Ayah dia nak buat, dah la kat rumah. Ayah : Okeh... mai duduk sebelah Ayah. Heh? heh... Milah : Eh!!! Ayah, Milah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa. Ayah : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi Ayah berkasar. Milah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia. Ayah : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut Ayah plak. Milah : Apa???!!! Ayah : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Ayah ikat mulut tu karang aaa. Milah : Ayah...Milah takut laaa. (nak nangis) Ayah : Milah, tengok ni Milah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, Ayah dia dok buang tebiat. Ayah dia dah gila. Kiranya, Ayah dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Milah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit. Ayah : Cantik tak jam G-Shock baru Ayah ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar....
Betuah punyer anak...pelat....
Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu.. sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer... isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. bahagiakan familiku ini... Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni.... Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...' Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut.. Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh. Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur.. 'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!' Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi? MILAH! AWAK JGN UJI SAYA! Iye lah..kalau berani buat lah... MILAH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu.... Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..anak kite tak cakap kat awak ke?... HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....
T-Team bukan saingan Kelantan

Jumpa Lagi !
Di atas kertas, T-Team bukanlah saingan buat pasukan berstatus Juara Piala Malaysia yang juga pendahulu Liga Super 2011, Kelantan. T-Team hanya menduduki tangga ke-10 Liga Super dengan hanya dua kemenangan, dua seri dan empat kekalahan. Manakala Kelantan pula gah ditahta liga dengan lima kemenangan, dua seri dan hanya kalah sekali. Kelantan akan berkunjung ke Terengganu, untuk perlawanan menentang T-Team, malam esok.
Perbezaan ketara kedudukan dalam liga sudah menunjukkan T-Team bukanlah saingan sebenar pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan juga dilihat garang menjaringkan gol dengan 15 gol terkumpul setakat ini, merupakan pasukan terbanyak menjaringkan gol. Manakala T-Team hanya menjaringkan 8 gol sepanjang 8 perlawanan setakat ini. Hal ini membuktikan barisan serangan Kelantan jauh lebih tajam berbanding T-Team.
Namun, di dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku. Walaupun kemenangan dijangka mudah diraih, Datuk M.Karathu sudah pasti telah membuat persiapan terbaik untuk menumbangkan T-Team di tempat lawan. T-Team mungkin mempunyai sedikit kelebihan kerana beraksi di arena sendiri. Namun perkara itu tidak cukup untuk menggentarkan pasukan Kelantan yang sudah pasti akan ditemani oleh ribuan penyokong Kelantan yang turun memberi sokongan untuk pasukan di arena lawan.
Isu "3 Abdul" mungkin lagi tidak sepanas sebelum sepak mula Piala FA tempoh hari. Namun, ketiga-tiga pemain ini pasti sekali lagi menjadi tumpuan penyokong pada perlawanan ini. Aksi Indra Putra dan Norfarhan di barisan depan T-Team sudah pasti perlu dikawal rapi oleh pertahanan Kelantan. Indra Putra yang masih lagi berbisa dengan sepakan lencong beliau manakalan kemampuan Norfarhan melakukan rembatan kencang perlu di beri perhatian. Walaupun aksi mereka bersama T-Team dilihat tidak cukup mantap, namun apabila bertemu Kelantan, aksi "luar biasa" mampu ditunjukkan oleh kedua pemain itu untuk menumpaskan bekas pasukan lamanya. Kelibat Azizi di pertahan T-Team juga bakal menjadi tumpuan, dan sudah pasti beliau akan ditugaskan untuk mengawal ketat Norshahrul Idlan Talaha.
Aksi tidak konsisten pasukan T-Team dilihat bakal memberi laluan mudah untuk Kelantan, namun kemenangan 3-0 T-Team keatas Sabah pada perlawanan lepas seakan-akan memberi amaran untuk pasukan Kelantan supaya berhati-hati ketika bertemu dengan T-Team malam esok. Bagi pasukan Kelantan pula, kemenangan keatas Harimau Muda tempoh hari boleh dikira melegakan pasukan di saat aksi Kelantan pada ketika itu kurang memuaskan. Jika Kelantan mahu membawa pulang 3 mata penuh, Kelantan perlu bangkit dengan permainan yang lebih baik.
Untuk rekod pertemuan dengan T-Team, Kelantan pernah bertemu T-Team pada saingan awal Piala FA yang berkesudan Kelantan menyingkirkan T-Team menerusi sepakan penalti. Kelantan dan T-Team seri 1-1 pada masa sebenar sebelum Kelantan memenangi sepakan penalti. Gol Kelantan dijaringkan oleh Rizal Fahmi Rosid manakala bekas ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan untuk T-Team.
Pada perlawanan yang berlansung esok, kedua-dua pasukan dilihat bakal menyenaraikan kesebelasan terbaik. Pemaian-pemain seperti Indra Putra, Norfarhan, Azizi, Norshahrul, Badri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat dijangka akan menyerlah untuk perlawanan itu. Sama-sama kita saksikan.
credit to: www.wawanfaiz.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
