I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Saturday, 23 April 2011

Red Warriors Baham Singa Utara

PENYERANG Kelantan Norshahrul Idlan Talaha (kanan) mengasak pertahanan Perlis Mohd Sani Mohd Isa pada perlawanan pusingan kedua Liga Super, malam tadi.
KELANTAN memulakan aksi pusingan kedua, Liga Super dengan nota bergaya apabila gah membelasah Perlis 4-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.
The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti.
Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.

Norshahrul Tambah Koleksi Jaringannya Lagi

Hebat!! Itulah pujian  yang boleh dilemparkan kepada penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul  Idlan Talaha setelah beliau sekali lagi muncul sebagai peledak dalam perlawanan malam  tadi. Norshahrul bermula dengan garang pada minit ke6 dan beliau hampir-hampir menghasilkan gol pertama Kelantan namun percubaan pertamanya hanya mampu singgah ke palang gol Perlis.

kredit picture to: Wawan Faiz
Norshahrul  meraikan jaringan bersama Daudsu dan Ramzul
setelah beliau berjaya membolosi gawang Perlis malam tadi

Berkat usaha Norshahrul dan rakan sepasukan, beliau akhirnya memecah kebuntuan hasil hantaran cantik pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang bijak dimanfaatkan Norshahrul untuk Kelantan mendahului 1-0. Ternyata semangat sepasukan memberi kelebihan buat pasukan Kelantan dan kepada Norshahrul sendiri.
Kini beliau mula mengumpul 11 gol daripada 14 perlawanan Liga Super setakat ini.

kredit picture to:Wawan Faiz
Norshahrul begitu lincah sehingga kerap mengelirukan
barisan pertahanan Perlis  pada perlawanan malam tadi.

Tumpuan Norshahrul Seterusnya pasti terarah pada pertemuan dengan Selangor di Kota Bharu pada  26 April ini. Andai dijadikan ukuran, Kelantan sedikit mempunyai kelebihan memandangkan mereka bakal bermain di gelanggang sendiri.

Kebangkitan prestasi Norshahrul selepas kemarau jaringan sebelum ini pastinya bakal menjadi taruhan terbaik The Red Warriors dalam memastikan Kelantan  memegang gelaran Juara Liga Super 2011..InsyaAllah....Aminn..