I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Tuesday, 12 April 2011

Aku x PERCAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

RAMALAN AKU TERBALIK..... PERAK 4 vs KELANTAN 0

RAMALAN ANDA????????????? KELANTAN vs PERAK

KELANTAN           VS              PERAK
      4                                              0

Aku dan dot dot

semakin jauh perjalanan semakin dekat kematian,semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan,hanye iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan,penuh ketenangan merempuh ujian.tuluslah dgn allah tuluslah sesama insan,berhijrah kita kedaerah kebaikan barokallah hulakom semuga allah memberkati.amin..

Perak intai benam Kelantan di gelanggang sendiri


Pertemuan dua pasukan kelompok atas Liga Super Selasa ini antara Perak menentang Kelantan di Stadium Perak dijangka akan menyajikan  saingan sengit daripada kedua-dua pasukan.
Rekod tanpa kalah anak buah Norizan Bakar lebur pada hujung minggu lalu ekoran kekalahan 2-1 kepada Sabah di Stadium Likas, ia sekaligus merentap moral dan  motivasi skuad Seladang tersebut.
Menanti kunjungan skuad Red Warriors bukan satu tugas muda buat Perak, menyedari hakikat tersebut Norizan pastinya mahukan aksi terbaik dan bertenaga  daripada para pemainnya untuk mendapatkan hasil yang positif pada pertemuan tersebut.
"Ia satu misi yang sukar kerana Kelantan bukan sebuah pasukan yang mudah dijinakkan.
"Misi kami pastinya mengekang dan beraksi sebaik mungkin bagi mengekang kehebatan para pemain Kelantan nanti," ujar Norizan.
Namun harus diingat Perak boleh disifatkan sebagai kebal di laman sendiri termasuk gah memilki rekod pertahanan terbaik Liga Super dengan hanya dibolosi  sebanyak lima kali sahaja setakat ini.
Namun bagi pengendali Perak, Norizan menyatakan rekod tidak memainkan peranan penting dalam misi untuk meraih tiga mata ke atas Kelantan.
Malah norizan percaya anak didiknya kini tekad kembali bangkit selepas kekecewaan tumpas kepada Sabah tempoh hari.
"Kekalahan lalu membakar semangat pemain untuk memperbaiki aksi semasa mereka. Kami bermain baik walaupun tewas kepada Sabah, tetapi menentang Kelantan esok  pasti lebih istimewa buat kami di dalam memburu tiga mata penting," tambah Norizan lagi.
Berbeza dengan kelantan, The Red Warriors lebih digeruni kerana memiliki jentera serangan yang cukup berbisa.
Mana tidaknya, selepas mengharungi 10 perlawanan skuad kendalian Datuk M. Karathu itu sudah menjaringkan 24 gol.
Namun, Karathu mengharapkan agar anak didiknya  beraksi lebih sebagai satu unit yang mantap dalam misi melebar jurang pendahulu di persada liga.
"Kami berada pada tahap terbaik sekarang, tetapi bagi saya jaminan untuk kemenangan lebih kepada aksi berpasukan," kata Karathu.
Sepanjang 4 pertemuan sejak 2009, Kelantan mempunyai kelebihan menang 3 perlawanan.
Kali terakhir dua pasukan ini bertemu ialah pada Jun 2010, Kelantan menang 2-0 ke atas Perak.
Siaran langsung perlawanan Perak menentang Kelantan akan disiarkan di Astro ARENA 801 pada selasa ini bermula jam 8.30 malam.


credit by Info Sukan Malaysia.

T-Team mahu ‘balas dendam’


PERTEMBUNGAN skuad ‘abang’ Terengganu dengan skuad ‘adik’ T-Team malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, pasti menjanjikan aksi menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri walaupun bernaung dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Skuad T-Team yang dibarisi hampir semua bekas pemain Terengganu mengidam ‘membalas dendam’ kekalahan kepada skuad abang pada aksi tahun lalu yang berkesudahan 1-2 pada saingan Liga Super pusingan kedua selepas seri 1-1 pada pusingan pertama.
“Memang misi kami adalah untuk mengalahkan Terengganu selepas tewas tipis tahun lalu dan berharap pertemuan kali ini bakal memihak kepada kami,” kata kapten T-Team, Rosdi Talib.
Rosdi yang pernah bersama Terengganu ketika muncul juara Piala Malaysia 2001 tetap merendah diri dan mengakui bukan mudah untuk menjinakkan barisan Terengganu yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.
Bagi kem Terengganu pula, misi skuad itu hanya satu iaitu menang pertemuan itu dan seterusnya mengekalkan status sebagai skuad utama walaupun bernaung dalam persatuan sama.
“Walaupun dianggap perlawanan sesama sendiri dan pernah berlatih bersama dalam satu pasukan dengan majoriti pemain T-Team, impian Terengganu adalah untuk menang dan seterusnya mampu menjadi pencabar utama liga,” kata kapten Terengganu, Marzuki Yusof.
Menurut kapten berusia 30 tahun itu, semua pemain kini berada pada tahap terbaik dan bertekad untuk bermain bersungguh-sungguh tanpa sebarang tekanan walaupun barisan Terengganu turun sebagai pasukan pelawat.

credit by Info Sukan Malaysia.

Tak rela maruah tercalar


SELEPAS rekod tanpa kalah mereka dirobek Sabah, Sabtu lalu, Perak tidak rela maruah mereka dicalar di gelanggang sendiri apabila turun bertemu Kelantan pada saingan Liga Super malam ini.
Justeru kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa (gambar) berharap rakan sepasukan akan bangkit untuk memastikan Seladang kekal kebal di hadapan penyokong sendiri ketika menerima kepulangan ketua jurulatih pasukan Cik Siti Wan Kembang, Datuk M Karathu ke negeri kelahirannya.
“Kekalahan di tangan Sabah cukup memeritkan dan kami tidak boleh biarkan Kelantan pula memalit arang di muka kami di kandang sendiri.
“Saya harap rakan sepasukan melupakan segera kekecewaan di Kota Kinabalu agar dapat fokus terhadap tugasan malam esok. “Yang berlalu biarkan berlalu. Yang penting setiap anggota pasukan bersedia menghadapi tugasan malam esok (ini), ”katanya.
Shahrulnizam sedar perlawanan ini pasti sengit dan menarik kerana menjadi tumpuan peminat kedua-dua pasukan.
“Saya jangkakan ramai yang akan hadir di stadium. Ia pasti satu perlawanan yang tidak mudah buat kedua-dua pasukan,” katanya.
Dia mengharapkan rakan sepasukan perlu mengelak melakukan kesilapan bertemu Kelantan yang pasti turun penuh bersemangat selepas meraikan kejayaan besar ke atas Harimau Muda A, Sabtu lalu.


credit by Info Sukan Malaysia.

Misi Kelantan 'calar' ego Seladang di Ipoh


KOTA BHARU - Kemenangan besar 6-0 ke atas Felda United di Kota Bharu, Sabtu lalu mengiringi peneraju Liga Super, Kelantan apabila berdepan pasukan di tangga ketiga Perak di Ipoh, hari ini.
Selain misi memungut tiga mata, pertembungan kedua-dua pasukan itu bukan sahaja menjanjikan aksi sengit, sebaliknya ada misi yang berbeza yang mahu dilakarkan oleh Datuk M. Karathu untuk Kelantan manakala Norizan Bakar bersama Perak.
Kredibiliti kedua-dua jurulatih ini tidak perlu dipertikaikan, masing-masing sudah sinonim dengan pasukan, baik M. Karathu mahupun Norizan Bakar yang pernah membimbing Kelantan dan Perak.
Selepas tiga tahun menyepi dari lapangan bola sepak tempatan, Norizan Bakar yang juga bekas pengendali Kelantan pada 2008, tampil dengan penuh bertenaga apabila meletakkan Perak sebagai antara pasukan yang perlu diberikan perhatian musim ini.
Namun, bagi M. Karathu yang juga bekas pengendali Perak musim 2009, kepulangannya ke Perak dengan misi meraih kita mata, demi menjarakkan kelebihan dengan Perak yang kini hanya dipisahkan satu mata.
Walaupun mencatat kemenangan ke atas Felda United, Sabtu lalu, Karathu enggan mendabik dada, sebaliknya mengingatkan pemain supaya berwaspada dan tidak mudah terjerat dengan taktikal lawan.
"Bertemu dengan Perak ia satu perlawanan yang sengit. Sama ada Kelantan atau pun Perak, masing-masing tidak mahu tercicir mata.
"Pasukan yang yang mampu memanfaatkan setiap peluang dan meminimumkan kesilapan, akan dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan itu nanti.
"Perak sebuah pasukan yang konsisten dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi serta mempunyai gabungan pemain muda yang berbakat dan berpengalaman.
"Ditambah pula dengan pengalaman ketua jurulatihnya Norizan Bakar, itu adalah antara kelebihan mereka,'' katanya semalam.
Karathu juga memberitahu, beliau tidak bercadang merombak kesebelasan utama yang akan menentang Perak hari ini.
"Tiada alasan untuk saya berbuat demikian.Pemain menunjukkan prestasi yang bagus. Saya rasa mereka harus diberi kepercayaan membawa cabaran Kelantan,'' ujarnya.


credit by Info Sukan Malaysia.

Hairuddin jejas aksi Hoben Jang Hoben

NEGERI Sembilan yang menanti kunjungan Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, bakal turun sedikit tempang apabila tidak menurunkan barisan terbaik selepas penyerang utama, Hairuddin Omar, tidak dapat beraksi kerana mengumpul tiga kad kuning.

Ini sekali gus membuatkan ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah terpaksa mengenal pasti pemain berwibawa untuk menggalas tanggungjawab di posisi penting itu bagi digandingkan dengan seorang lagi penyerang, Ahmad Fakhri Saarani dalam usaha memastikan serangan pasukan tidak terjejas dan misi meraih kemenangan di halaman sendiri dapat direalisasikan malam ini.
“Persiapan sedikit terjejas tanpa Hairuddin dan kami hanya ada Ahmad Fakhri untuk menerajui barisan serangan berikutan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak masih tidak cergas untuk diturunkan.
“Walaupun ada pemain menggantikan Hairuddin (gambar), setakat ini hanyalah dari kalangan pemain muda antaranya Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Shaffik Rahman untuk digandingkan dengan Ahmad Fakhri dalam usaha menembusi benteng Kedah,” katanya.


credit by Info Sukan Malaysia.