I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Wednesday, 20 April 2011

Kijang Kembali Berselera Besar

Ulasan Ringkas: Bagaikan diberi tonik ajaib oleh gabungan dua jurulatih Kelantan Datuk M Karathu dan b_250_200_16777215_0_http___a4.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_215358_208729545812247_100000256084136_747710_2942586_n.jpgsentuhan B Sathianathan apabila sang kijang yang dilihat tidak bermaya sebelum ini, malam tadi garang menundukkan sang singa walhal sang singa begitu garang meratah sang rusa sabtu lalu. Kemenangan ini membuatkan seluruh penyokong Kelantan kembali ceria menanti kehadiran perlawanan pusingan kedua Liga Super menentang Perlis dan Selangor di Kota Bharu nanti.
Kedua-dua perlawanan akan datang ini menjadi pengukur sebenar kemampuan Kelantan menghadapi Selangor dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA meskipun K Devan akan mengatur strategi berbeza bagi kedua-dua perlawanan ini. Peluang untuk Kelantan mengutip mata penuh menentang Perlis di Kota Bharu jumaat ini tidak harus disia-siakan kerana Selangor mungkin akan dikekang sengit oleh Kedah dan Terengganu akan disekat oleh Perak yang masing-masing berhasrat akan memintas mana-mana pasukan teratas.
Perlawanan malam tadi juga memberi sinar baru kepada Mohd Badhri atau lebih dikenali dengan nama Piya kembali menjadi sebutan ramai apabila berjaya menjadi penjaring hatrik pertama Kelantan dan Liga Super pada musim ini sekaligus dinobatkan hero Kelantan bagi perlawanan ini. Kehadiran lebih 500 penyokong Kelantan tidak dihampakan oleh para pemain.
Pada separuh masa pertama Norshahrul Idlan Talaha yang kembali dari penggantungan membuka tirai gol Kelantan seawal minit ke 7, namun b_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_222006_208730619145473_100000256084136_747717_3602601_n.jpgkegembiraan penyokong Kelantan tersentap seketika apabila pada minit ke 12 Mohd Faiz Subri menyamakan kedudukan. Namun pada minit-minit akhir perlawanan iaitu pada minit ke 44, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi membuktikan dirinya antara penjaring terbanyak Liga Super setakat ini telah berjaya meledak gol kedua Kelantan. Keputusan Perlis 1-2 Kelantan kekal sebaik sahaja wisel separuh masa pertama ditiupkan.
b_250_200_16777215_0_http___a3.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_207853_208730259145509_100000256084136_747714_1864929_n.jpgPada separuh masa kedua, Piya yang direhatkan tiga perlawanan bagai kijang kelaparan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke 48. Pada minit ke 68, Piya sekali lagi muncul sebagai penjaring gol keempat Kelantan. Bagi melengkapkan hatriknya pada malam tadi, Piya menambah jaringan gol peribadinya pada minit ke 80. Ketika ini, semua penyokong Kelantan sudah mula berkobar-kobar dengan semangat baru meraikan kemenangan ini setelah Piya dan pasukannya sebelum ini dikritik hebat kerana prestasi menurun. Keputusan Perlis 1-5 Kelantan kekal sehingga tamat perlawanan.
Kini pelbagai pujian dihamburkan kepada Piya yang mula menambah jumlah jaringan gol peribadinya kepada lima gol. Terima kasih kepada semua pemain dan pengurusan yang bertungkus lumus memastikan kemenangan pada malam tadi. Tidak dilupakan jasa-jasa penyokong setia Kelantan yang sentiasa bersama para pemain walaupun Kelantan kalah, seri atau menang. Tiada insiden buruk dilaporkan pada perlawanan ini. Tahniah The Red Warriors, semoga perlawanan ini terus menjadi pembuka selera Kelantan dan tidak membuatkan kita lupa diri serta kembali berlagak....Gomo kelate Gomo...........Terus bersama The Red Warriors...
Terima kasih kepada Hisyam Mokhtar yang berkongsi gambar-gambar dengan penyokong yang lain.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

credit to www.theredwarriors.com
kelantan 5  -  Perlis 1